22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Motac teruskan langkah tarik lebih banyak pelancong ke Malaysia

Nasional
Typography

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Mohamaddin Ketapi berkata kerajaan akan meneruskan usaha untuk menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke negara ini dengan menambah baik perangkaian dalam semua aspek berkaitan.

Bercakap kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet sulungnya di sini hari ini, Mohamaddin berkata kementerian itu akan meneruskan langkah diambil kerajaan sebelum ini, terutama bagi menarik pelancong dari China.

" Di samping itu, kami akan menambah baik perangkaian kami dalam semua perkara.

"Ini kementerian penting dan besar, saya akan berbincang dengan pegawai saya untuk membuat keputusan tentang apa lagi yang boleh kami bawa masuk.

"Saya akan bincang dengan mereka kalau-kalau ada perubahan yang perlu dibuat dan oleh kerana hari ini adalah hari kedua saya di kementerian ini, saya belum dapat membuat sebarang keputusan lagi," katanya.

Mohamaddin adalah antara 13 menteri dan 23 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.

-- BERNAMA