14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Puluhan pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa

Nasional
Typography

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Puluhan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut diiringi pihak berkuasa Israel.

Lebih 80 pelampau Yahudi memasuki lokasi sensitif di Haram al-Sharif pada awal pagi semalam dalam tindakan provokasi terbaharu di kawasan suci tersebut.

 

Perbuatan itu jelas melanggar perjanjian yang dimeterai antara Israel dan Jordan pada 1967 yang menetapkan orang bukan Islam tidak dibenarkan melakukan upacara ibadat mereka di kawasan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera rejim Zionis telah menangkap empat penduduk Palestin yang bekerja untuk Pertubuhan Waqf Islam ketika serbuan di pekarangan al-Aqsa.

 

Media tempatan melaporkan kesemua mereka diberkas ketika sedang bertugas dan dibawa ke pusat tahanan al-Qashla di Kota Lama terbabit. - Press TV

 
 
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.