18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

Jualan Proton bekembang `12.6 peratus dalam Okt

Nasional
Typography

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd merekodkan pertumbuhan jualan kereta sebanyak 12.6 peratus dalam Oktober berikutan penyelarasan pasaran pada September, selepas pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Walaupun, bahagian pasaran mencatatkan pengucupan pada Oktober, pembuat kereta itu telah menjual 5,093 unit kereta, peningkatan sebanyak 569 unit berbanding dengan bulan sebelumnya.

"Jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi untuk 2018, di luar tempoh lonjakan jualan pada Jun hingga September, semasa harga menikmati pelupusan cukai barangan dan perkhidmatan.

"Dengan pelancaran Proton X70 yang ditunggu ramai, yang dijangka pada hujung tahun ini, model-model kereta Proton telah menerima tarikan semula daripada orang ramai,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.

Bahagian pasaran Proton sebagai peratusan daripada jumlah keseluruhan pada bulan lepas adalah dianggarkan sebanyak 10.7 peratus, sejajar dengan angka purata bagi tahun ini, katanya.

- Bernama