24
Sab, Jun
723 ARTIKEL BARU

NIBONG TEBAL - UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pihaknya juga ingin tahu mengapa bayaran oleh kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM177.5 juta itu dibuat lebih awal tanpa melihat kerja-kerja projek tersebut secara fizikal.

"Kita semua maklum di Pulau Pinang, kerajaan negeri dari semasa ke semasa memberitahu rakyat menjadi keutamaan dalam tindakan serta agenda kerajaan negeri, jadi UMNO mewakili rakyat inginkan penjelasan daripada Lim berhubung pembayaran awal tersebut.

"Pihak kontraktor dan konsultan projek itu telah dibayar tetapi saya difahamkan (projek terowong dasar laut) ditangguhkan hingga tahun depan jadi apa kerja mereka buat dengan bayaran yang begitu banyak?" katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada anggota polis, penjara, hospital dan PLUS yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut memberi masa seminggu

Baca Selanjutnya...

EMPAT hari lepas, Raja Petra dedahkan Syed Saddiq sudah mengetahui awal lagi serangan DoJ pada 15 Jun 2017 akan berlaku. Ini kerana Syed Saddiq sudah menceritakan awal lagi mengenai hal serangan itu pada tiga orang Exco Armada PPBM.

Syed Saddiq beritahu Tun Daim sudah belanjakan RM50 juta untuk kempen jatuhkan Najib menerusi media antarabangsa dan DoJ termasuklah membayar USD$5 juta kepada Clinton Foundation.

Dua hari lepas, bila cerita mengenai Daim itu bocor, Syed Saddiq terpaksa buat satu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pembangkang terus terdesak dan ketandusan modal politik sehingga sanggup bersekongkol dengan anasir luar demi menghalalkan cara dalam misi merampas tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengecam perilaku Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menghasut rakyat membenci pucuk pimpinan negara.

Malah menurut Jamal, tindakan Pengerusi PPBM itu disifatkan sudah melampau apabila

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan muslihat pihak tertentu untuk dijadikan buah mulut rakyat semasa sambutan Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, terdapat banyak perkara yang mencurigakan dengan saman perlucutan hak sivil yang dibuat DOJ.

“Cubaan DoJ untuk memfailkan saman sivil hanya berdasarkan laporan daripada pihak yang tidak dikenali amat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis terhadap penganalisis politik, Raja Pet­ra Kamarudin kerana mendakwa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengetahui maklumat mengenai saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), ternyata memakan diri.

Ini kerana menurut Raja Pet­ra, selepas laporan dibuat, polis akan menjalankan siasatan dan mengambil kenyataan daripada­nya dan seterusnya mendedahkan na­ma

Baca Selanjutnya...

SENARAI barang kemas yang dipaparkan portal Malaysiakini yang didakwa dibeli oleh Low Taek Jho sebagai hadiah kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didapati tiada di dalam senarai aset yang mahu dirampas oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) dalam saman sivil mereka.

Seutas rantai berlian merah jambu 22 karat berharga RM116 juta itu bila disemak tiada ditulis pada semua 251 halaman kenyataan DoJ pada 14 Jun 2017.

Ada lagi 27 barang kemas 18 karat lain didakwa

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Pandangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak penguasaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan wajar diberikan perhatian serius.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PPBM tidak sepatutnya cuba mendominasi Pakatan Harapan sementelah ia parti yang baru menyertai gagasan itu.

"Pandangan daripada Anwar itu betul, tak mungkin boleh dua-dua daripada parti Bersatu (PPBM) sebab dominasi dalam PH itu masih lagi pada PKR dan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori