KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pantas melaksanakan langkah-langkah pembersihan sejak menerajui Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei dan satu perkara yang pasti ialah beliau tidak akan menyembunyikan apa-apa salah laku dalam pentadbiran yang lalu.
Beliau tanpa melenggahkan masa mengambil langkah untuk membetulkan apa yang dianggapnya kepincangan dalam negara, mengadakan sidang media hampir setiap hari yang menceriakan media yang mengambil peluang untuk bertanya apa-apa soalan kepada tokoh yang berjaya memecahkan tembok kekebalan Barisan Nasional.
Tidak dapat dinafikan bahawa Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mei, mempunyai banyak tugas berat untuk dilaksanakan.
Yang pertama ialah membentuk kabinet yang terbukti lebih rumit daripada yang dijangkakan bagi pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu. PH terdiri daripada empat parti iaitu PKR, PPBM, DAP and Amanah.
Dr Mahathir telah menamakan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, presiden Amanah Mohamad Sabu