12
Sel, Dis
884 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Parti UMNO kini memberi fokus kepada perpaduan setelah spekulasi mengenai pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini berakhir.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn hari Rabu khusus menyentuh soal perpaduan pada pucuk pimpinan, yang dilihat genting oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memperkukuhkan parti.

Pemberita diberitahu oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO itu bahawa tiada sebarang pemecatan pemimpin parti dalam agenda mesyuarat, sebaliknya perbincangan bertumpu kepada memperkukuh perpaduan dalam kalangan anggota dan pucuk pimpinan.

Turut berada di sebelahnya ketika sidang akhbar berlangsung adalah Muhyiddin.

Turut hadir bersama Mohd Shafie ialah dua naib presiden yang lain – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beberapa anggota MT lain menyifatkan situasi ini dengan sendirinya telah memaparkan perpaduan dalam kalangan pemimpin.

Muhyiddin menganggap dirinya sebagai seorang anggota UMNO yang “totok” dan kesetiaannya terhadap parti tidak pernah

Baca Selanjutnya...

PULAU PINANG – Lim Guan Eng mendesak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali untuk memperjelaskan kepada penyokong pembangkang berhubung keputusan parti itu untuk terus bekerjasama dengan Pas.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu berkata, kemungkinan Azmin mempunyai alasan tersendiri apabila membuat keputusan meneruskan kerjasama tersebut.

Tambahnya lagi, DAP akan tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama lagi dengan Pas yang didakwa terlebih

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemecatan beberapa pemimpin parti tiada dalam agenda mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikan beliau hari ini. Najib yang juga Perdana Menteri berkata, dakwaan akan berlaku pemecatan semasa mesyuarat hari ini hanyalah spekulasi semata-mata.

"Tiada dalam agenda mesyuarat berhubung pemecatan pemimpin UMNO," katanya pada sidang media sejurus berakhir mesyuarat itu di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Sebelum mesyuarat MT

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – PPKR digesa untuk sama-sama mengambil pendirian yang sama seperti DAP dalam menolak penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk kelak. Itu kata Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong.

Gesaan Kok Seong adalah merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan menyisihkan PAS dalam gabungan pembangkang yang baru itu.

Kok Seong menganggap adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Perkahwinan Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai tetap terbubar dengan talak tiga kerana melanggar bai’ah yang pernah dilafazkan walaupun bernikah di luar Kelantan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Tambahnya, perkahwinan tersebut batal kerana bai’ah yang dilafazkan oleh wakil rakyat Pas itu tetap sah walau di mana sekali pun pernikahan dilakukan termasuk di luar negara. Ini kerana bai’ah merupakan perjanjian dan sumpah dengan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ayah kepada remaja perempuan yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah tampil memohon maaf atas perbuatan anaknya itu.

Kehadiran anaknya yang berusia 14 tahun ke perhimpunan Bersih 4 itu katanya adalah di luar pengetahuan dia dan isterinya.

Menurutnya, anak mereka menyertai perhimpunan itu bersama kawan lain, namun tidak bermalam di tempat tersebut.

Tambahnya lagi seperti yang dipetik di Sinchew Daily

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan berkata pihaknya membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung satu artikel yang mengaitkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dengan cubaan membeli data 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri.

Beliau mahu siasatan terperinci dan menyeluruh dijalankan terhadap Nurul Izzah berhubung pendedahan yang disifatkan sebagai suatu dakwaan yang serius.

“Apabila ada urusan jual beli

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori