25
Sel, Sep
110 ARTIKEL BARU

CHUKAI – Pertembungan antara PAS dan Parti Amanah Negara di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar disifatkan sebagai bencana besar kepada pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata akibat pertembungan itu, kedua-dua parti pembangkang berkenaan jelas gagal menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Kita dapat lihat rakyat hilang keyakinan akibat perpecahan dalam kalangan parti pembangkang melalui pertandingan tiga penjuru yang meletakkan dua calon pembangkang, sekali gus menjadi bencana besar buat pembangkang.

"Kalau parti dalam keadaan porak peranda dan tak mampu menguruskan perbezaan, sudah tentu mereka tak mampu menguruskan negeri dan negara," katanya selepas Program Sempurnakan Ramadan dan Raikan Aidilfitri Parlimen Kemaman di Pasaraya Giant Bandar Baru Kijal, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, kredibiliti parti serpihan PAS itu masih diragui pengundi dan tidak mempunyai sasaran penyokong tetap, selain masih bergantung kepada jentera serta pengundi DAP.

"Kita lihat PAS dan parti serpihannya bukan ibarat merebut pingat emas, sebaliknya mereka hanya berebut pingat

Baca Selanjutnya: Pertembungan PAS-PAN Bencana Besar Buat Pembangkang- Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional? Dato' Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja ditolak oleh rakyat, malah oleh penyokong pembangkang juga yang secara terbuka didekati oleh bekas Perdana Menteri itu untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Menurut Abdul Rahman dalam laluan menggulingkan kerajaan, Tun M telah mengkhianati semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang pernah meletak kesetiaan dan kepercayaan

Baca Selanjutnya: Kemenangan Gemilang  PRK Bukti Rakyat Tolak Tun M- Rahman Dahlan

ALOR GAJAH – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata rakyat sebaliknya lebih yakin dengan deklarasi yang dibawa BN dan menterjemahkannya dalam undi mereka yang membawa kemenangan besar pada BN.

"Masa telah berubah

Baca Selanjutnya: Keputusan PRK Bukti Deklarasi Rakyat Tun M Tidak Relevan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sekali lagi memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) seperti terbukti dalam keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Sebagai sebuah kerajaan separuh penggal yang menjadi sasaran fitnah bermotifkan politik, kami dengan merendah diri menerima kemenangan besar itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

BN menang dengan majoriti lebih besar di Kuala

Baca Selanjutnya: Terima Kasih Kerana Percaya BN- PM

SHAH ALAM –  Semua parti politik pembangkang jangan menyalahi antara satu sama lain berikutan kekalahan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, gesa Naib Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tegas Azmin, apa yang perlu dilakukan kini adalah kesemua parti pembangkang harus tunduk kepada kehendak rakyat, malah perlu muhasabah atas apa yang telah berlaku.

Ia termasuklah perpecahan yang berlaku sendiri dalam kalangan pembangkang di antara Pakatan Harapan (PH)

Baca Selanjutnya: Kalah PRK: Azmin Gesa Parti Muhasabah Diri

KUALA LUMPUR - Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menghantar mesej kepada pembangkang dan kumpulan anti Najib bahawa mereka masih mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun pilihan raya kecil itu semata-mata untuk pengundi di kedua-dua kawasan itu memilih wakil rakyat mereka, pembangkang dan kumpulan yang menentang Najib menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai referendum dengan

Baca Selanjutnya: Kemenangan PRK Mesej Rakyat Mahu Najib Kekal PM- Salleh Keruak

KUALA KANGSAR – Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid telah menepati ramalan banyak pihak dengan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar apabila mengalahkan tiga pencabarnya dengan majoriti 6,969 undi.

Mastura memperoleh 12,653 undi sekaligus menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang hanya memperoleh 5,684 undi, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Mastura

Baca Selanjutnya: #PRKKualaKangsar : Mastura Menang Dengan Majoriti Besar

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori