21
Isn, Mei
933 ARTIKEL BARU

KOTA BHARU - Pemimpin dan perwakilan Pas di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas di sini ‘menyerang’ DAP yang disifatkan sebagai sebuah parti yang angkuh. Turut menjadi sasaran ialah PKR yang dianggap melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Pas selepas menjalin kerjasama dengan parti serpihan Pas, PAN yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP perlu membuka mata kejayaan mereka meraih undi orang Melayu dalam pilihan raya umum sebelum ini adalah kerana pengaruh dan persahabatan dengan Pas.

Katanya, tanpa sumbangan dan jasa parti itu, DAP yang juga bekas sekutunya tidak mampu berbuat demikian malah, mati hidup kembali pun belum tentu parti tersebut mampu mendapat sokongan Melayu.

Beliau sekali gus menafikan dak­waan bahawa Pas menum­pang kekuatan DAP kerana tegasnya, Pas mampu bertahan selama ini kerana gabungan faktor luaran dan rohani yang dimiliki mereka.

“Logik akal mengatakan kalau Pas berpecah daripada pakatan dan tiada DAP bersama kita maka kita tidak boleh mendapat sokongan orang Cina dan pergi ke

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-62 pada Rabu meluluskan usul tanpa bahas supaya diadakan kajian semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan PKR dalam semua pilihan raya akan datang.

Usul tersebut dibawa oleh Dewan Muslimat Kedah dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS di Kota Bharu hari ini dan ia diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membatalkan sewaan-sewaan penginapan yang akan digunakan oleh beliau dan jentera dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, malah jentera rasmi parti tersebut juga masih belum menerima arahan langsung untuk digerakkan.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, beliau berkata sehingga kini, PKR Selangor masih belum mendapat arahan rasmi untuk mobilisasi jentera parti tersebut dan meminta agar diberi tempoh sehingga

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak supaya bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah wanita dan wang dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSM), Ramesh Rao, berkata langkah itu adalah yang terbaik bagi memberi laluan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa gangguan.

"Kita desak (Mohamed) Azmin Ali untuk bercuti sementara menunggu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan Muhammad Faizal Sufar bersetuju sekiranya tindakan dari Jawatankuasa Tatatertib UMNO diambil segera terhadap Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli bin Syed Harman yang akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

 

Menurut Faizal,tindakan tersebut perlu diambil segera tanpa perlu menunggu untuk beliau bertanding, apatah lagi Syed Rosli sendiri tidak pernah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - PKR hari ini melahirkan rasa kesal parti tersebut mengenai kegagalan pembangkang gagal mewujudkan persaingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana walaupun parti itu telah berusaha agar persaingan satu lawan satu dalam dua PRK, ia tetap tidak dapat dizahirkan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui kewujudan usaha-usaha daripada musuh parti itu yang

Baca Selanjutnya...

PASIR PUTEH – Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) tidak ada kaitan dengan hudud, sebaliknya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.

“Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori