26
Sab, Mei
823 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga sayap UMNO — Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri — mengadakan perhimpunan agung masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perhimpunan kali ini menyaksikan kelainan apabila ia dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya yang disempurnakan timbalan presiden parti itu.

Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan persidangan sayap pergerakan itu di Dewan Merdeka; perhimpunan agung Pemuda pula dirasmikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Dr Ismail manakala perasmian pergerakan Puteri disempurnakan ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Tun Hussein Onn.

Ketiga-tiga perhimpunan itu dirasmikan secara serentak pada 8 pagi sebelum para perwakilan yang dipilih membahaskan usul antaranya mengenai pendidikan, kos sara hidup, ekonomi dan perumahan.

Sebanyak 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan sayap berkenaan.

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Pihak yang memberikan dana politik RM 2.6 billion ke dalam akaun Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahukan sebarang pulangan daripada sumbangan tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap parti politik memerlukan dana atau wang, namun wang tersebut hanyalah sebagai alat bukannya matlamat.

“Walaupun berkara ini sudah beberapa kali dijelaskan, Presiden terpaksa menjelaskan sekali lagi secara rasmi semasa taklimat kepada perwakilan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sekali lagi membuktikan beliau adalah pemimpin parti paling popular di negeri itu berikutan kemenangan besar pada konvensyen DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak bertanding dengan mengetepikan banyak seruan yang mahukan beliau berbuat demikian.

Tetapi daripada awal lagi ramai meramalkan jika beliau mencuba nasib, pasti tewas kepada Kon Yeow. Keengganan Guan Eng bertanding dikritik banyak

Baca Selanjutnya...

PETALING JAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang tenang dan berani menghadapi cabaran di dalam mentadbir negara.

Naib Presiden UMNO itu turut berkata bahawa Perdana Menteri langsung tidak takut kepada sesiapa, disamping sangat tenang ketika berdepan dengan pelbagai situasi semasa.

"Sebagai contoh, pemimpin Syria dan Libya misalnya, gagal untuk mempertahankan negara mereka. Berbeza dengan negara kita, masih teguh dan terus kukuh di

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Masalah tiada persefahaman dalam pakatan pembangkang masih wujud, terutama dalam wajah terbarunya Pakatan Harapan (PH) dapat dilihat menerusi perebutan di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan.

Menurut penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, isu ini bukan baru malah ia pernah melanda Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Ujarnya, selain masalah peletakan calon di Sarawak, pakatan ini juga

Baca Selanjutnya...

PETALING JAYA - Langkah UMNO menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, Selasa ini, membuktikan parti tersebut dan pimpinannya membuat keputusan yang `matang’.

Penganalisis veteran politik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, biarpun dikatakan bahawa bekas Perdana Menteri itu cukup kritikal dalam mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun kesudian beliau untuk hadir ke perhimpunan itu membezakan rentak parti itu dengan parti-parti lain.

“Sikap ini

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM – Tindakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang mengaitkan Pas dengan dengan Pengganas Militan Islam (IS) disifatkan sebagai satu tuduhan yang tidak cermat dan tidak wajar, demikian kata Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik.

Maszlee yang juga merupakan pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, contoh-contoh yang disebut oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak wajar dijadikan ukuran untuk memukul

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori