20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan perhimpunan ‘Sayang Malaysia, hapuskan kleptokrasi’ yang dirancang diadakan Sabtu ini di Padang Timur, Petaling Jaya selepas mengambil kira faktor keselamatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata selain itu PDRM juga telah menerima empat laporan daripada penduduk setempat yang membantah perhimpunan berkenaan di kawasan itu.

PDRM juga tidak akan memperakukan permohonan atas alasan:

“Pertama isu kesesakan yang menyukarkan masyarakat (kawasan itu).

“Kedua saya dimaklumkan sekitar 20,000 orang akan hadir dan kapasiti tempat itu (Padang Timur) hanya boleh menampung tidak lebih 10,000 orang.”

Bayangkanlah tempat yang sempit itu akan dilimpahi orang ramai dan menyebabkan kesesakan lalu ilntas yang teruk kerana berdekatan dengan lebuh raya,” katanya pada sidang akhbar sempena ‘Breakfast Talk Integrity’ di Pusat Latihan Polis, di sini.

Mohamad Fuzi mencadangkan supaya lokasi perhimpunan itu ditukar ke Stadium Kelana Jaya, terletak 10km dari lokasi asal kerana kawasan itu lebih tersusun dan memudahkan PDRM membuat kawalan.

“Terpulang kepada mereka sekiranya mereka terima cadangan kita atau tidak. Kita ada

Baca Selanjutnya...

JIKA bukan beliau, mengapa perlu takut nak saman? Demikian persoalan yang cuba disampaikan berhubung isu penggunaan gambar wajah mirip Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada kotak aiskrim dalam kempen ‘Dapat Aiskrim Percuma (DAP)’ anjuran Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos baru – baru ini.

Difahamkan, penggunaan gambar tersebut sebagai simbolik menunjukkan sikap sebenar Azmin dalam isu penganjuran secara terbuka pesta arak di Selangor, malah beliau

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Media dikawal pembangkang seperti Malaysian Insight dan Edge meneruskan kempen mensabotaj ekonomi  Malaysia bagi kepentingan politik mereka, sekali gus menjejaskan ekonomi kebajikan rakyat, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Jelas beliau, terbaru, media pro pembangkang ini bertindak mengambil laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur, dan tanpa segan silu menyebarkan penipuan berhubung hal berkaitan Malaysia.

“Mereka memulakannya

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyangkal dakwaan kononnya kerajaan pusat mengawal kuasa negeri di Malaysia.

Menyatakan dakwaan itu tidak betul, beliau menegaskan kerajaan Malaysia lebih tepat dipanggil sebagai kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan pusat kerana kerajaan Malaysia adalah milik semua rakyat dalam negara Persekutuan Malaysia.

"Malaysia adalah sebuah negara persekutuan. Ciri utama negara persekutuan ialah pembahagian

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud  terus diperalatkan oleh DAP demi kerjaya politik `bossnya’ dengan melakukan pelbagai serangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Puteri Umno, Haryaty Hamdzah berkata, ini terbukti apabila Dyana Sofya menyerang Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dengan mendakwa sebagai `Cif Pencacai’ kepada Perdana Menteri.

“Jika kita lihat secara menyeluruh pencacai yang sebenarnya adalah Dyana Sofya

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia bertemu bekas  Naib Presiden parti itu Datuk Hamidah Osman bagi menyelesaikan ‘pertelingkahan’ antara mereka.

Media tempatan melaporkan Syed Saddiq sebagai berkata, ia adalah jalan terbaik bagi memulihkan hubungan silaturahim antara mereka berdua.

“Saya akui ‘pertelingkahan’ ini hanyalah salah faham. Kerana itu saya saya bersedia bertemu Hamidah. Ini cara terbaik untuk menyelesaikan isu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan adik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Hamid Apdal, 52, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion di Sabah.

Menurut laporan media tempatan yang memetik sumber sebagai berkata, beliau yang juga ahli perniagaan ditahan di pejabat SPRM kira – kira jam 10.30 malam ini selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, pada sebelah pagi.

Timbalan Ketua

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori