17
Kha, Jan
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Laporan akhir persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober ini.

Beliau berkata pembentangan laporan itu bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan Parlimen dan diwartakan.

"11 lagi kerusi di negeri Sarawak telah diluluskan dan proses selanjutnya ialah di pihak Parlimen. Jadi ini akan dibentangkan di Parlimen dan apabila sudah mendapat kelulusan di Parlimen, Ketua Menteri Sarawak boleh menjalankan tugas beliau untuk menentukan tarikh pilihan raya negeri.

"Penambahan 11 kerusi (DUN) baharu itu akan menjadikan keseluruhannya, 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada P-R-N Sarawak ke-11 nanti," katanya selepas menghadiri mesyuarat wanita Barisan Nasional (BN) hari ini.

Nancy yang juga Setiausaha Wanita BN Sarawak berkata sayap itu sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRN nanti.

Minggu lepas, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memaklumkan, bahawa beliau telah menetapkan tarikh bagi PRN ke-11.

Justeru, ia memberi petunjuk bahawa pilihan raya negeri itu berkemungkinan akan diadakan

Baca Selanjutnya: Laporan Akhir Persempadanan Semula PRN Sarawak Dibentang Oktober Ini Di Dewan Rakyat - Nancy

Memang kurang ajar, tindakan peserta Bersih 4.0 memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat biadap dan tidak bermoral

Namun masih ada yang cuba mempertahankan tindakan biadap penyokong bersih terbabit. Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah masih tetap berdegil dan mempertikaikan kewajaran badan itu membuat permohonan maaf atas insiden tersebut.

Kenyataan itu dibuat ekoran komen bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesa

Baca Selanjutnya: BERSIH Sesekali Tidak Akan Minta Maaf Kepada Najib Dan Hadi Awang - Maria Chin

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat hari ini mengumumkan meletakkan jawatan dalam Pas. Menurutnya, peletakan jawatannya itu dibuat susulan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

Turut bersama mengumumkan peletakan jawatan dalam Pas termasuk Ketua Muslimat Pas Pulai, Fatimah Mohd Ali.

“Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara yang telah diumumkan Pengerusinya, Mohammad Sabu, semalam.

“Kami berterima kasih atas

Baca Selanjutnya: Suhaizan Letak Jawatan Dalam PAS

SHAH ALAM - Wakil parti PAS yang menang dalam pilihan raya umum lalu digesa agar meletakkan jawatan selepas mereka secara rasminya mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan baiah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.

"Mana-mana ahli PAS yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket PAS tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan baiah

Baca Selanjutnya: Wakil Rakyat Yang Lompat Parti Perlu Letak Jawatan Kerana Baiah - Takiyuddin

SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ‘masih belum memulakan perniagaan dan beroperasi’ menjadi tanda tanya pelbagai pihak apabila entiti itu dikatakan mampu memberikan sebanyak RM 5 juta wang zakat kepada cabang-cabang PKR.

“Mengapa Lembaga Zakat Selangor yang dilantik untuk mengawalselia zakat negeri tidak dirujuk terlebih dahulu mengenai pengagihan zakat kepada parti PKR?

"Dan adakah penerima zakat itu layak disisi

Baca Selanjutnya: Adakah Wang Zakat RM 5 juta DEIG Diberikan Kepada Yang Layak? - Budiman

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kepimpinan UMNO Selangor untuk bergerak aktif sebagai ‘pembangkang’ bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), seterusnya dapat menawan semula negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden UMNO meminta  pemimpin dan anggota UMNO untuk saling hormat-menghormati bagi mengukuhkan lagi parti, dan dalam masa sama dapat menebus

Baca Selanjutnya: Zahid Hamidi Minta UMNO Selangor Bergerak Sebagai Pembangkang

DUA September ini genap 17 tahun saya menentang manusia bernama Mahathir Mohammad. Selama 17 tahun, pelbagai rintangan saya lalui menentang diktator yang dianggap "Negarawan" ini. Hampir kebanyakan lokap sekitar Kuala Lumpur pernah saya huni bila 8 kali dilokap semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Selain dari itu, saya juga pernah disumbat ke dalam ISA sebanyak 2 kali, iaitu 2 bulan pada tahun 1998 dan 2 tahun 2 bulan pada tahun 2001. Semuanya bukan kerana saya seorang peliwat sepertimana

Baca Selanjutnya: Mahathir Beri Nyawa Kepada Agenda DAP Jatuhkan Kerajaan Melayu

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.