22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini membuat teguran langsung terhadap PR atas strategi politik yang dijalankan, termasuk usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Baginda turut menyentuh soal usaha mengguling Abdul Khalid yang dilakukan secara berterusan oleh PKR pada bulan Ramadan lalu, seolah-olah tidak menghormati bulan suci itu. "Kemelut dan pergolakan dalam PR ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. "Dengan ini, timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat. "Tetapi, PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam  bulan Ramadan, dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini. Titah

Baca Selanjutnya: Langkah Kajang, Memburukkan Khalid Di Bulan Ramadhan : Sultan Tegur PKR

TUMPAT : Sehari selepas dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail tidak membuang masa untuk melaksanakan tanggungjawabnya apabila turun padang melawat masyarakat di kawasan itu hari ini. Biarpun keletihan jelas terpancar di raut wajahnya ekoran kerja keras berkempen sepanjang hampir dua minggu, Mat Razi tidak mahu berehat sebaliknya terus beramah mesra dengan penduduk sekitar dan berkunjung ke Pasar Kampung Geting di sini. Selain merakamkan ucapan

Baca Selanjutnya: YB Mat Razi Turun Padang Jumpa Masyarakat Setempat

bnpas1 (1) PUJIAN dan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) dan PAS yang berjaya mengekalkan kempen lunak dan harmoni sepanjang tempoh berkempen selama 12 hari. Kini, semua mata tertumpu kepada tiga calon, Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Hari ini, seramai 23,929 pengundi akan menjadi 'raja' untuk memangkah siapa yang difikirkan layak  bekerja dan mendengar suara hati mereka. Tiada istilah peluang sudah tertutup untuk ketiga-tiga calon
Baca Selanjutnya: Saingan Sengit Tapi Unik Di Pengkalan Kubor

[caption id="attachment_18396" align="aligncenter" width="355"]Boon Som Inong Boon Som Inong[/caption] TUMPAT - PAS digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam kerana mengedar poster gambar ketua sami dan sami-sami Siam bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Anggota Dewan Negara mewakili masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong berkata, seluruh masyarakat

Baca Selanjutnya: PAS Cabuli Institusi Buddha, Didesak Mohon Maaf-Masyarakat Siam

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kenyataan dikeluarkan terhadap empat Exco kerajaan Selangor daripada PAS sebagai pengkhianat adalah kenyataan parti DAP. Lim berkata beliau mengeluarkan kenyataan itu atas kapasiti Setiausaha Agung DAP setelah ia diluluskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat dalam mesyuarat tergempar parti. “Ia bukan kenyataan saya seorang, ini adalah kenyataan parti DAP,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Semalam Lim

Baca Selanjutnya: Kenyataan Empat Exco PAS Pengkhianat Adalah Pandangan DAP – Guan Eng

[caption id="attachment_18399" align="aligncenter" width="438"]Abdul Aziz Mohd Yusof Abdul Aziz Mohd Yusof[/caption] TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan PAS bahawa pihaknya sengaja menetapkan tarikh pilihan raya pada hari berkerja untuk 'menyekat' pengundi luar pulang mengundi, hingga menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa mengisytiharkan cuti. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, rekod SPR menunjukkan hari mengundi tidak mempengaruhi jumlah pengundi yang keluar membuang

Baca Selanjutnya: Sengaja Tetapkan Hari Mengundi Pada Hari Bekerja, SPR Jawab PAS

azmin-ali01-300x231 Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mendapatkan perkenan barisan Exco kerajaan negeri. Azmin berkata, meskipun barisan Exco baharu masih belum diputuskan, beliau yakin ia akan selesai sebelum esok, lapor Utusan Online. Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pentadbiran Kerajaan Negeri haruslah mempunyai sekurang-kurangnya empat orang Exco yang membantu pentadbiran menteri besar.

Pentadbiran

Baca Selanjutnya: Barisan Exco Baharu : Azmin Mengadap Sultan Esok

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori