19
Jum, Jan
674 ARTIKEL BARU

ALOR SETAR - Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan samada beliau kini menyokong konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang didokong DAP atau tidak setelah menjalin kerjasama dengan parti itu.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Hasmuni Hassan, ini kerana pendirian Mahathir sebelum ini berbeza, di mana pada Perhimpunan Agung Umno 1988, Mahathir dalam ucapan dasar Presiden UMNO, mengatakan DAP musuh ketat orang Melayu kerana DAP memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

“Mahathir sebut di hadapan perwakilan bahawa DAP adalah parti yang mempraktikkan perkauman. Malah beliau tegaskan DAP menghina orang Melayu serta membuat tuduhan melulu terhadap UMNO dan kerajaan BN,” katanya.

Tambah beliau, konsep ‘Malaysian Malaysia’ itu akan menguasai segala aspek antaranya pendidikan, perniagaan, politik, serta sosial yang akan menyebabkan orang Melayu diketepikan, sama  seperti ketika negara dijajah kuasa asing.

“Apakah Mahathir sudah lupa? Hari ini, parti yang ditubuhkan Mahathir berpakat dengan DAP, malah beliau dipilih sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, adakah beliau termasuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan kepimpinan PPBM bersetuju dengan konsep ‘Malaysian

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pertemuan pemimpin tertinggi Parti Amanah Nasional (PAN) bersama ahli parti Bahagian Wilayah Persekutuan diselubungi suasana sedih hingga ada diantara mereka yang mengalirkan air mata.

Ini kerana  perjuangan mereka tidak diiktiraf oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan tidak diperuntukkan walaupun satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemimpin yang hadir Presiden PAN, Mohamad Sabu; Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Tindakan pakatan pembangkang yang tidak menamakan Preiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri jelas menunjukkan parti berkenaan cuba meminggirkannya.

Penganalisis politik di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Bersekutu Majlis Profesor Negara (MPN) ,Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, dipetik berkata ini kerana kecenderungan Muhyiddin untuk menjalin kerjasama

Baca Selanjutnya...

JIKA kita benar-benar mahu menangani masalah kos sara hidup, kita perlu tahu puncanya yang sebenar. Seperti diperjelaskan dalam Bahagian 1, salah satu daripada punca utama kenaikan kos sara hidup ialah peningkatan dalam cukai berkaitan hartanah. Punca masalah kos sara hidup ini boleh diumpamakan seperti sebuah bongkah ais.

Hanya 9 peratus bongkah ais yang kelihatan di atas permukaan air, manakala 91 peratus lagi tidak kelihatan di bawah permukaan. Cukai berkaitan hartanah adalah seumpama

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Umpama hilang ingatan itu yang berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kadar tol negara ini lebih murah berbanding negara lain.

Ini kerana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bersama sekutunya menyatakan tol negara ini mahal berbanding negara luar dan mahukan Kerajaan Persekutuan menghapuskan tol.

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila beliau sendiri menyatakan tol adalah perlu bagi menampung kos penyelenggaraan malah turut membuat perbandingan dengan tol

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sehingga kini, tidak dapat meluluskan permohonan parti tersebut termasuk mengiktiraf Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim dipetik berkata, setakat 8 Januari, pihaknya menerima sebanyak 428 aduan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Isu Armada, pemecatan Exco, mesyuarat agung tahunan (AGM) dan rasa tidak puas hati ahli terhadap urus tadbir PPBM antara aduan yang paling banyak diterima ROS.

“ROS bukan sengaja

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, menetapkan perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon akan berlangsung selama 23 hari bermula 26 Mac depan.

Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail dilaporkan menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan menyatakan akan mengemukakan 40 saksi sepanjang tempoh perbicaraan.

Hadhariah kemudiannya menetapkan tarikh bermula pada 26 Mac - 30 Mac; 9 April - 12 April; 23 April - 27 April; 7 Mei - 10 Mei, dan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori