20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - DAP akan terus berkuasa dan memperkudakan sesiapa sahaja termasuk bekas pemimpin UMNO mahupun rakan dalam kem pembangkang demi survival politik dan kuasa, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata keupayaan Lim Kit Siang menjinakkan tokoh politik negara seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat selama ini kebal dan sukar ditewaskan dalam dunia politik, akhirnya tumbang dengan kata-kata manis Lim, sekali gus melayakkan pemimpin veteran DAP itu dinobatkan sebagai diktator politik.

"Ada beberapa orang hebat dalam politik negara. Tetapi, tidak ramai boleh pikat hati, boleh lawan Tun Mahathir termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri.

"(Lim) Kit Siang belum pernah pergi pejabat UMNO sepanjang Tun Mahathir dalam UMNO. Tetapi, akhirnya Tun Mahathir pergi pejabat DAP. Kini (Lim) Kit Siang mampu tawan dan jinakkan Tun Mahathir," katanya pada program 'Bicara Minda dan Sesi Dialog: Perjuangan For All' di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Program anjuran Pergerakan Puteri UMNO itu turut dihadiri Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Puteri UMNO Datuk

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Tiga Exco Pas di Selangor diminta menyatakan pendirian tegas mengenai penganjuran ‘Pesta Arak  Better Beer Festival 2017’ di negeri itu, sekaligus digesa agar akur dengan desakan ramai pihak yang tidak membenarkan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Pas di negeri itu harus melihat dengan jelas bahawa DAP beriya-iya mempertahankan pesta berkenaan untuk terus diadakan.

“Sedangkan Pas yang merupakan sekutu rapuh

Baca Selanjutnya...

KOTA DAMANSARA - Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman diminta supaya menyerahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti berkenaan dakwaannya berlaku aktiviti menyogok wang supaya pemimpin PPBM meninggalkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, sebagai individu yang mempunyai maklumat dengan aktiviti rasuah membabitkan pemimpin parti, Syed Saddiq

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Himpunan Anti Kleptokasi Selamatkan Malaysia anjuran pembangkang menjadi bahan jenaka kerana ia lebih berbentuk karnival dan bukan himpunan jalanan seperti yang dianjurkan oleh mereka sebelum ini.

Ini membuktikan budaya himpunan jalanan ini sudah tidak terima oleh masyarakat kerana tindakan itu menyebabkan hampir keseluruhan rakyat berada dalam kesukaran bagi  melakukan aktiviti harian.

Walaupun Pengarah Perhimpunan Howard Lee mendakwa acara itu akan memberikan suasana lebih

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Kerjasama antara PAS dan UMNO dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

Menurut bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, PAS dan UMNO tidak perlu bergabung tetapi hanya mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

“Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan menganjurkan kempen pesta makan aiskrim 'Dapat Aiskrim Percuma' (DAP) sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri ini.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu, program tersebut akan bermula di hadapan sebuah pusat membeli belah Ampang Point esok dan turut menganjurkan 'roadshow' pesta tersebut di Selangor.

"Saya akan membawa 10 perisa aiskrim, kalau makan 10 aiskrim ni pun tidak

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan diadakan 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) bagi memilih 20 ahli CEC.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang media khas hari ini berkata tarikh berkenaan telah dipersetujui Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata parti itu juga akur dengan arahan ROS untuk menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 pada sesi pemilihan semula itu nanti.

"Kita tak

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori