24
Sel, Apr
952 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Seorang ketua pemuda sebuah parti politik ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor selepas disahkan positif syabu.

Dalam satu operasi Sabtu lalu, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 2.15 petang di rumahnya di Batang Kali.

Lapor Sinar Online, selepas ditahan, suspek dikatakan dibawa ke Pejabat AADK di Kuala Kubu Bharu untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis metamfetamin (syabu).

Pegawai AADK daerah, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata penahanan dibuat selepas menerima aduan.

“Suspek di reman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula tarikh ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut penyandang ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) petang tadi.

"Pengagihan kesemua kerusi DUN bagi parti komponen PH di Selangor selesai menerusi satu mesyuarat tadi.

"Pengumuman rasmi mengenai nama calon dijangka akan dibuat 24 April nanti," katanya. 

Beliau

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Parti MyPPP hari ini menyatakan pendiriannya untuk terus bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Namun begitu menurut Presidennya, Tan Sri M Kayveas, keputusan tersebut boleh dipertimbangkan semula selepas perjumpaannya dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Majlis Tertinggi MyPPP telah membuat keputusan secara sebulat suara untuk terus bersama dengan BN.

“Walaubagaimanapun, keputusan ini boleh dipertimbangkan semula selepas perjumpaan Presiden MyPPP dengan Pengerusi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan menyeru pihak PDRM dan juga SKMM untuk mengambil tindakan tegas terhadap kebiadaban Malaysiakini kerana memutar belit satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Huan, artikel bertajuk 'Best not to vote if you can't get leave, Zahid tells M'sians in S'pore' telah memberi persepsi kononnya pihak kerajaan tidak menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR –Tun Dr Mahathir Mohamad adalah beban yang paling besar yang ditanggung oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, ini kerana kehadiran Pengerusi PH itu di dalam kem pembangkang telah merencatkan ‘mood’ perubahan yang ingin dibawa oleh para penyokong mereka.

Tidak menolak kehadiran Mahathir turut menarik sokongan baru terhadap pembangkang, namun begitu dalam masa yang sama ujar beliau

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor sudah dimuktamadkan.

Namun begitu Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan enggan mengulas lebih terperinci cara pengagihan yang sebelum ini berdepan konflik perebutan kalangan parti komponen.

“Kita tunggu penamaan calon atau mungkin esok atau lusa, kita umumkan calon.

“Apa yang penting, pembahagian kerusi sudah selesai,” katanya. 

Sementara itu, pengarah pilihan raya negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkata pengagihan

Baca Selanjutnya...

BERA - Penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diminta supaya terus membantu calon baharu yang terpilih menggantikan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesanan itu diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN semasa perjumpaan dengan semua anggota Parlimen BN di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori