16
Kha, Ogs
56 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan membantah cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam Umno tidak dipertandingkan.

Memetik laporan media tempatan, Mohamad, yang juga merupakan pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar semua jawatan dipertandingkan termasuk presiden dan timbalan presiden.

"Saya secara peribadi mengatakan majoriti ahli Umno mahu semua jawatan ditandingi.

"Umno memerlukan tenaga dan kepimpinan baru, biarkan anggota akar umbi membuat keputusan tanpa sebarang sekatan," katanya dipetik media tempatan.

Sebelum ini, Khairy turut dilaporkan berkata beliau tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.

“Saya fikir perlu hentikan perkara tidak munasabah ini bagi (jawatan tertinggi) tidak dipertandingkan… ia seolah-olah kita tidak membuka ruang demokrasi kepada ahli-ahli kita.

“Kita tidak perlu ada lagi peraturan ‘tidak dipertandingkan’ dalam Umno. Anda hanya menghantar mesej buruk kepada orang ramai,” katanya.

Manakala, Ketua Umno bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam juga dipetik berkata Umno Melaka sebulat suara bersetuju supaya tiga

Baca Selanjutnya: Jawatan Tertinggi UMNO Perlu Dipertandingkan – Mohamad

JAKARTA - Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd, akan dilakukan secara adil dan bebas.

Anwar meminta semua pihak tidak menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

Namun nasihatnya kepada Najib: "Kepada beliau (Najib) nasihat saya, cari peguam bela yang baik," kata Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan

Baca Selanjutnya: Siasatan Adil dan Bebas, Namun Anwar Minta Najib Cari Peguam Terbaik

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pantas melaksanakan langkah-langkah pembersihan sejak menerajui Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei dan satu perkara yang pasti ialah beliau tidak akan menyembunyikan apa-apa salah laku dalam pentadbiran yang lalu.

Beliau tanpa melenggahkan masa mengambil langkah untuk membetulkan apa yang dianggapnya kepincangan dalam negara, mengadakan sidang media hampir setiap hari yang menceriakan media yang mengambil

Baca Selanjutnya: Dr Mahathir Pantas Mulakan Tugas Pembersihan Dalam Pentadbiran

PETALING JAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam kabinet baharu kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di sini, beliau turut mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan timbalan perdana menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin

Baca Selanjutnya: Dr Mahathir Menteri Pelajaran, Dr Wan Azizah Menteri Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan

JITRA - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur agar setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.

Katanya kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.

"Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan

Baca Selanjutnya: Mukhriz Mahu Rakyat Tegur Sebarang Kelemahan Kepimpinan Beliau

KUALA LUMPUR - Bagi yang telah terlalu lama hidup berjauhan dengan keluarga, peluang berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama Ramadan pastinya tidak akan dilepaskan.

Berlainan ceritanya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan berbuka puasa bersama hampir 500 penyokongnya pada Majlis Iftar bersama Anwar Ibrahim di kediamannya di sini, malam ini.

Nyata kediamannya di Bukit Segambut Dalam itu kelihatan kecil dan sempit apabila para penyokongnya termasuk

Baca Selanjutnya: Anwar Ibrahim Berbuka Bersama Hampir 500 Penyokongnya

SEREMBAN – Satu Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sekiranya petisyen yang difailkan oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr S Streram berjaya.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, jika mahkamah memutuskan menerima permohonan itu, kerajaan negeri dan juga parti telah bersedia sekiranya ada PRK.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Sekiranya mahkamah menerima petisyen itu, pilihan raya akan diadakan di DUN

Baca Selanjutnya: Pakatan Harapan Bersedia Hadapi PRK DUN Rantau

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori