24
Jum, Nov
955 ARTIKEL BARU

#PRKSgBesar: Budiman Lancar 3 Ikrar

Politik
Typography

SUNGAI BESAR- Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar menggariskan tiga pendekatan yang menjadi ikrarnya apabila dipilih menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.

Ikrar berkenaan dilancarkan dalam satu siding media tengah hari tadi bertempat di Command Centre di sini.

Tiga ikrar berkenaan ialah:

1.     1.   1 Keluarga, 1 Mahasiswa

Pendidikan merupakan asas masa hadapan warga Sungai Besar. Inisiatif ini akan menyasarkan untuk membangunkan program-program pendikan yang komprehensif untuk setiap anak-anak Sungai Besar. Anak-anak Sungai Besar yang merupakan cahaya masa hadapan Negara akan diasuh untuk cemerlang dalam pendiidkan demi masa depan keluarga dan Negara.

 

2.      2.  Mencambah Inovasi dan Idea Baru Untuk Meningkatkan Taraf Ekonomi Sungai Besar

Kekuatan ekonomi Sungai Besar adalah berasakan kepada Pertanian, Perladangan, Perikanan, Penternakan, Industri Asas Tani serta Industri Kecil dan Sederhana. Tumpuan dan usaha akan diberikan untuk menambah baik dan membuka peluang ekonomi baru melalui percambahan inovasi dan idea baru untuk meningkatkan pendapatan dan nilai tambah dalam setiap industri yang diceburi oleh penduduk Sungai Besar.

 

3.      3.  Memperkenalkan Sungai Besar Sebagai Pusat Eco-Tourism

Keindahan alam semulajadi, keramahan warga Sungai Besar, keunikan budaya yang pelbagai serta limpahan produk-produk ekonomi tempatan menjadikan Sungai Besar unik. Program membangunkan konsep ‘Sungai Besar, pusat pelancongan Eco-Tourism’ akan diperkenalkan, yang akan membawa pelancong baik dari luar dan juga dalam Negara,untuk menjadikan produk baru ekonomi penduduk Sungai Besar.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.