24
Jum, Nov
955 ARTIKEL BARU

Tun Mahathir Bawa ‘Big Lie’ Ke Kuala Kangsar

Politik
Typography

KUALA KANGSAR – Teori ‘Big Lie’ atau pembohongan besar merupakan satu teori yang menggunapakai media massa dan media sosial sebagai asas untuk menyebar segala penipuan serta berita tidak benar sebanyak mungkin secara berulang-ulang sehingga pembohongan tersebut dianggap satu kebenaran.

Barangkali terpengaruh dengan teori yang dibawa oleh menteri proprganda Nazi Joseph Goebbels itu, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang kini sudah berusia 94 tahun seperti mengalami masalah ingatan apabila berulang kali mengitar semula dakwaan lama termasuk cerita memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan skandal syarikat pelaburan Negara , 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, hanya sekumpulan warga emas dari keturunan tionghua yang ramai di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar ketika bekas Perdana Menteri itu tiba di sini hari ini untuk berkempen, malah perkara itu dilihat agak memalukan kerana beliau dikhabarkan datang dengan pesawat peribadi, namun hanya disambut oleh penyokong-penyokong tegar parti cauvinis DAP.

"Zamannya sudah berakhir... Mahathir memalukan diri sendiri. Kempen Mahathir negatif, tidak bawa aura baru atau impak kepada pengundi... macam melukut di tepi gantang, ada tak apa, tak ada tak apa," kata seorang wartawan veteran yang memerhati suasana dari restoran yang maksimum pun boleh menempatkan 500 orang, cuma untuk program pagi Ahad jumlah maksimum kehadiran 200 ke 300 orang.

Turut dilaporkan, antara pemimpin DAP yang tetap setia menemani beliau di restoran cina adalah Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan beberapa orang lagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang rata-rata sudah tidak mempunyai pengaruh yang besar.

Sama seperti ‘skrip’ yang diulang-ulang, di Sungai Besar, Tun Mahathir berkempen dengan mengatakan bahawa beliau sudah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan memberitahu segala keburukan Najib, namun tidak diendahkan kerana kononnya, Hadi lebih berminat dengan ‘dedak’ yang ditabur oleh Najib.

"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.

"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci PAN, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan PAS ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussien dalam satu lawatan ke Kuala Kangsar diminta mengulas program kempen Tun Mahathir di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau yang diketahui umum akrab dengan keluarga Tun Mahathir pun geleng kepala kerana apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dalam siri kempennya - tentang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak - juga tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Apa yang dibangkitkan dalam ceramah Tun Mahathir tak ada kaitan di Sungai Besar. Saya nak ingatkan (Tun Mahathir) bahawa Najib tak bertanding di piihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Hal yang menyentuh Najib, apa kaitannya dengan Kuala Kangsar dan Sungai Besar?" soal Hishammuddin.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong itu berkata beliau tidak menghalang bekas pemimpin UMNO itu untuk turun berkempen membantu pembangkang.

"Kita tak boleh sekat beliau turun (berkempen) tapi tergamak beliau buat sebegini rupa," tambah Hishammuddin.

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian bekas penyandangnya Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.