30
Sel, Mei
733 ARTIKEL BARU

'Salam Terakhir' Pas Buat PKR, Kak Wan..

Politik
Typography

PAS Kawasan Permatang Pauh tunjukkan sifat "anak jantan". Tindakan berani  memutuskan kerjasama politik dengan PKR  merupakan 'salam terakhir' buat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permatang Pauh adalah 'mercu tanda' bagi PKR dan kubu kuat Anwar yang mengasaskan PKR sejak 1998 bagi menumbangkan Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan pimpinan UMNO menerusi gerakan reformasi.

Keputusan Pas kawasan itu bukan sahaja satu kejutan  kepada kepada PKR, tetapi kepada Dr. Wan Azizah sendiri selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang sepertima yang dicanang oleh DAP sebagai 'Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan'.

Bagaimanapun harsat 'murni' DAP untuk melantik Dr. Wan Azizah sebagai peneraju pentadbiran negara tidak mungkin berubah dengan tindakan Pas Permatang Pauh itu.

Sebaliknya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau tentunya juga 'berterima kasih' kepada Pas sebagaimana Guan Eng berterima kasih kepada pemimpin dan ahli DAP Melaka yang tinggalkan parti itu.

Ini kerana pemimpin DAP terutama di negeri Selangor sekian lama mendesak PKR agar 'menceraikan' Pas walaupun parti itu masih berkongsi kuasa di negeri berkenaan.

Keputusan itu juga tentunya disambut dengan 'penuh mesra' PAN, sekutu rapat DAP yang 'mengidam' agar kerusi di kawasan tradisi Pas padaini diserahkan kepada mereka pada PRU ini.

Pas Permatang Pauh telah merintis jalan kepada Pas Pusat bagi memutuskan hubungan politik dengan PKR serta parti lain yang bergabung dengan DAP termasuk PPBM yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang Dipertua Pas kawasan itu, Omar Hassan menjelaskan keputusan secara musyawarah itu diambil pada mesyuarat semalam setelah mengambilkira Dr. Wan Azizah tidak lagi menghormati kerjasama yang masih terjalin, sebaliknya PKR terus berpakat dengan DAP dan PAN menyerang Pas.

"Kerjasama berkenaan juga tidak boleh lagi diteruskan apabila terdapat ahli-ahli PKR kawasan Permatang Pauh berusaha memujuk ahli Pas keluar parti untuk menyertai PKR," kata Omar.

Bagi DAP Pulau Pinang, mereka akan 'bersorak riang' setelah Pas memutuskan hubungan dengan PKR walaupun ada usaha terakhir DAP dan PPBM  memujuk Pas untuk bersama bagi meghadapi PRU14.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan ketiadaan Pas membuka ruang kepada DAP dan PKR bagi memperkukuhkan pakatan pembangkang bersama 'pendatang baharu' PAN dan PPBM.

Berikutan tindakan Pas Permatang Pauh itu juga, kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili oleh PKR jangka menjadi rebutan antara Pas dan PKR pada pilihan raya ini. Pas berhak menuntut kembali hak mereka, termasuk akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kami (Pas) juga akan meletakkan calon untuk tiga kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Penanti (PKR), Seberang Jaya (PKR) dan Permatang Pasir (Pas)," kata Omar.

Jika itu menjadi kenyataan, kemungkinan  kubu PKR di Permatang Pauh bakal dirobohkan pada PRU14 kerana pengaruh kuat BN dan PAS tidak boleh dinafikan.