24
Sab, Jun
723 ARTIKEL BARU

Ahli PPBM Rembau Isytihar Keluar Parti Serta-Merta

Politik
Typography

SEREMBAN - Hala tuju parti yang kabur, ketidak cekapan pengurusan parti serta sifat kronisme menyebabkan 500 ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau mengambil keputusan untuk keluar dari parti tersebut, berkuat kuasa malam ini.

Wakil PPBM Rembau, Mohd Anas Sudin berkata, lebih 1000 lagi baki ahli PPBM bahagian tersebut akan turut berbuat demikian dan diikuti dengan bahagian-bahagian lain diseluruh Negeri Sembilan.

"Untuk makluman, setelah saya dan rakan-rakan saya bekerja siang malam tanpa henti selama 6 bulan, PPBM masih tidak melantik Ketua Perhubungan PPBM Negeri Sembilan sehingga ke hari ini, begitu juga dengan jawatan ketua bahagian.

"Dan amat mendukacitakan saya, ketua bahagian yang dilantik bukan daripada calon-calon yang menawarkan diri malah beliau (ketua bahagian dilantik) tidak menjadi ahli Peribumi (tetapi) telah dilantik menjadi ketua bahagian," ujarnya ketika mengulas lanjut mengenai hal hala tuju dan pengurusan parti.

Tambah Anas lagi, "Kami tak puas hati dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden dan Datuk Seri Mukhris kerana telah melantik kroni-kroni mereka.

"Contohnya di bahagian Rembau, (mereka) melantik Haji Bakri sebagai ketua bahagian (dan) dia adalah kroni Tan Sri Muhyiddin Yassin," tambahnya berkenaan isu kronisme yang dibangkitkan.

"Kita keluar parti berkuat kuasa malam ni, serta-merta," tegasnya dalam sidang media yang berlangsung di Pejabat Penajaan PPBM Bahagian Rembau, di sini, malam ini.