13
Rab, Dis
890 ARTIKEL BARU

Kutuk Tokoh Sanjungan PAN, Tun M Biadap

Politik
Typography

TUN Dr Mahathir Mohamad buat lagi. Kali ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertindak biadap mengkritik Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tun M bertindak demikian di dalam ucapannya pada perhimpunan PPBM di Jitra Kedah baru-baru ini.

Berikut adalah petikan ucapannya itu yang jelas biadap terhadap Nik Aziz:

“Apabila PAS bekerjasama dengan DAP maka PAS juga mengikut tafsiran PAS sudah menjadi kafir. PAS tidak berjuang langsung untuk Islam. Saya terkejut bila dengar Nik Aziz kata tuhan mencarut. Saya ingat orang PAS akan lari bila dengar Nik Aziz kata macam itu. Tak lari, kekal dalam PAS kerana sudah baiah dengan PAS. Dah taksub dengan PAS. Kalaupun pemimpin mereka kata benda-benda yang bercanggah dengan ajaran Islam ahli PAS akan tetap setia kepada parti mereka.”

Tindakan Tun M itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah netizen. Ramai di kalangan netien yang bersetuju bahawa kenyataan Tun M itu adalah biadap. Ada yang melabelkan Tun M sebagai ‘mulut longkang’ selain ada juga yang menganggap beliau sebagai sudah nyanyuk. Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) hanya membisu dengan kenyataan biadap Tun M itu.

Persoalannya sekarang ini adalah apakah Tun M tidak sedar bahawa rakan seperjuangan PPBM di dalam Pakatan Harapan iaitu PAN juga mengangkat Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin agong mereka? 

Penulis tertanya-tanya juga apakah pemimpin-pemimpin serta pengikut PAN yang rata-ratanya berasal daripada PAS tidak tersinggung langsung dengan kenyataan Tun M itu? Apakah mereka masih berselera lagi untuk bersekongkol dengan pemimpin yang begitu biadap menghina tokoh sanjungan mereka ini?

Dan di sudut lain pula penulis melihat kebiadapan Tun M ini bukan setakat menghina orang yang sudah meninggal dunia semata-mata, bahkan juga secara tidak langsung kenyataannya itu juga adalah satu penghinaan terhadap Islam. Ini bukanlah sesuatu yang seharusnya dilakukan oleh seseorang yang statusnya diangkat sebagai negarawan.

Melihatkan situasi ini, penulis berpendapat DAP sekarang ini mungkin tersenyum lebar melihat orang Melayu Islam saling memburukkan sesama sendiri. 

Apapun penulis ternanti-nanti juga sekiranya pemimpin PAN seperti Mat Sabu dan juga Datuk Husam Musa yang katanya amat menyayangi Nik Aziz itu akan berani untuk mengutuk kenyataan Tun M ataupun tidak. 

Untuk melihat video kenyataan biadap Tun M itu, sila klik di sini