18
Rab, Okt
775 ARTIKEL BARU

Tun M Pernah Janji Luluskan Lesen Judi Bola

Politik
Typography

MANTAN perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjanji beliau akan meluluskan lesen judi bola sekiranya masih berkuasa.

Berdasarkan laporan yang disiarkan di portal berita pro-pembangkang, Malaysiakini pada 23 Jun 2010 yang ditulis oleh wartawan Salhan K Ahmad, Tun Mahathir dipetik sebagai berkata kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi, malah perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah. Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya seperti dipetik laporan Malaysiakini ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya.

Difahamkan, lesen judi bola yang dimaksudkan Tun Mahathir ialah lesen 20 tahun eksklusif yang  diberi oleh Tun Mahathir kepada kawannya Vincent Tan sebulan sebelum beliau bersara.

Lesen itu diberi dengan harga sangat murah tanpa sebarang tender ataupun dibincang di Jemaah Menteri.

Kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghalang lesen ini untuk beroperasi.

Ini menaikkan kemarahan Tun Mahathir yang pada tahun 2010, lantas mengumumkan kalau beliau masih bergelar Perdana Menteri, beliau akan meluluskan lesen judi sukan kawannya.

Justeru, siapa-siapa yang ada di ceramah Tun Mahathir, sila tanya kalau beliau masih akan luluskan lesen judi kawannya dan mengapa memberi lesen ini secara ekslusif untuk 20 tahun dengan harga sangat murah dan tanpa tender ataupun memberitahu jemaah menteri.

 

Mengapa hanya kepada Vincent Tan dan bukan kepada orang lain?