18
Rab, Okt
775 ARTIKEL BARU

Tun M Akui Tiada Parti Mampu Tewaskan BN

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak ada satu parti lain di negara ini mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk menang pilihan raya umum.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, atas sebab itu lah mereka mengharapkan Pas untuk bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP semata-mata untuk membentuk satu pasukan pembangkang demi mengalahkan BN.

“PPBM bersungguh-sungguh nak kerjasama dengan Pas, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.

“Sehinggakan kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana nak dapatkan persetujuan Pas, tetapi Pas lebih utamakan hubungan rapat dengan UMNO dan akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh Pas, sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain tidak mungkin kita menang,” katanya menerusi temubual khas di Facebook beliau yang disiarkan secara langsung hari ini. – BHOnline