21
Isn, Ogs
861 ARTIKEL BARU

Tun M Ada Niat Jadi PM Semula

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbang untuk memegang semula jawatan Perdana Menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.

"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui mungkin saya terpaksa pertimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab salahsatu soalan dalam program soal jawab #HangTanyaCheDetJawab versi 2 secara langsung di laman Facebooknya.

Jawapannya itu nyata bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini untuk tidak menjadi Perdana Menteri semula setelah bersara.

Sebelum ini pada Kongres Nasional PKR Mahathir  dilihat “sibuk” dengan telefon bimbitnya tatkala lebih seribu perwakilan PKR bersama pimpinan Pakatan Harapan yang lain termasuk veteran DAP, Lim Kit Siang mengangkat sepanduk bertulis “Anwar PM ke-7”.

Tindakannya itu membayangkan beliau sebenarnya tidak setuju dengan pendirian pimpinan Pakatan Harapan untuk mengangkat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.