11
Isn, Dis
908 ARTIKEL BARU

Dr Ting Kekal ADUN Pujut

Politik
Typography

KUCHING - Dr Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Hakim Datuk Douglas Christ Primis Sikayun membuat keputusan itu memberitahu Dewan tidak sepatutnya membawa isu kewarganegaraan pemohon dalam perdebatan DUN kerana isu itu memerlukan kajian lebih mendalam.

Speaker Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan memecat status Dr.Ting sebagai ADUN pada Mei 12 yang lalu selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, membentangkan usul meminta agar status Dr.Ting ditarik balik.

Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Asfia dan Datuk Seri Wong membayar bersama kos guaman RM100,000 kepada Dr Tiong Choon.

Ia adalah berdasarkan fakta bahawa Dr.Ting mempunyai kerakyatan Australia yang dilepaskan tiga minggu sebelum pilihan raya.

 

Pada Pilihanraya Negeri Mei tahun lalu, Dr Ting menang dengan 1,759 undi majoriti. – Astro Awani