23
Sab, Sep
704 ARTIKEL BARU

Pemuda UMNO Nafi Dakwaan Perkasa Malis Pecah Tanah ECRL ‘Terlalu China’

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Pahang menafi sekeras – kerasnya dakwaan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali bahawa majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tidak memegang prinsip kenegaraan, tidak patriotisme dan bersifat Pro-China.

Menurut Ketua Pemudanya, Shahar Abdullah, ucapan Najib serta Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mohd Irwan Serigar Abdullah menggunakan bahasa Melayu, namun sebagai menghormati budaya tetamu yang diraikan, maka khidmat penterjemah bahasa digunakan.

“Persembahan pentas menunjukan identiti budaya Malaysia, di mana penyambut tetamu juga berpakaian kebaya malah majoriti yang hadir dalam majlis bersejarah itu adalah rakyat Malaysia.

“Bacaan doa juga sepenuhnya dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita dan Jalur Gemilang dipasang megah di atas pentas utama,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Jelas Shahar, sekiranya Syed Hassn turut sama hadir pada majlis berkenaan, beliau dapat melihat sendiri perjalanan majlis masih megekalkan identiti ketimuran.

“Identiti Malaysia tidak akan hilang dengan adanya ECRL melainkan orang kita sendiri yang tidak menanam sifat cintakan negara dan hanya tahu menjadi pengkritik di belakang papan kekunci menyebarkan berita yang salah,” tegasnya.

Terdahulu, kumpulan pendesak hak Melayu, Perkasa semalam bertindak mengecam majlis pecah tanah untuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), salah satu projek terbesar di bawah program One Belt One Road (OBOR) China di Kuantan kerana “terlalu China”.

 

Setiausahanya berkata ia bukti kononnya Malaysia sudah dijajah oleh China menerusi ekonominya.