13
Rab, Dis
890 ARTIKEL BARU

Shafie Pengecut, Enggan Saman Chegu Bard – GAUM

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM) tidak pernah merasa gentar dengan tindakan saman oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal malah menyifatkan beliau sebagai pengecut ekoran tidak melakukan hal yang sama terhadap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Baharin.

Menurut pengerusinya, Datul Zulkarnain Mahdar, Shafie sepatutnya bertindak menyaman aktivis pembangkang itu apabila beliau secara terbuka membuat tuduhan terhadap salah guna kuasa oleh Shafie melibatkan projek bekalan air luar bandar Tenom dan Papar bernilai RM53 Juta melalui tulisan blognya pada 27 September 2016 yang bertajuk “Shafie Harus Respon Isu Penggunaan Wang Taikun”.

“Saya tidak pernah sesekali gentar dengan tindakan saman  oleh Datuk Seri Shafie Apdal termasuk pemimpin pembangkang lainnya malahan sentiasa menunggu tindakan saman daripada mereka kerana kelihatan sering menbuat serangan terhadap kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ini,.

“Untuk makluman panel peguam saya telah bersedia sepenuhnya sejak dari awal lagi untuk menerima saman oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut malahan perkara ini adalah yang terbaik bagi mendedahkan kepada umum tentang kelemahan mereka melalui fakta yang sebenar,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkarnain berkata demikian bagi mengulas ugutan Parti Warisan yang mahu memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Haji Ukin jika beliau gagal memberi penjelasan berhubung satu kenyataan yang dibuat secara terbuka baru-baru ini.

Difahamkan Lajim mempunyai masa tiga hari dari tarikh penerimaan surat berkenaan untuk memberi penjelasan secara bertulis, dan kegagalannya berbuat demikian, Warisan akan memulakan prosiding sivil.

 

Dalam klip video dan audio yang telah dikongsi melalui media sosial, Lajim dalam ucapannya berkata: “Yang bikin IC ini adalah kepala dia siapa Presiden” (yang membuat IC ini kepala yang Presiden) diikuti dengan bunyi yang menyebut nama sebuah parti politik.