21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

Litar Lumba Rakyat Kedah : Pemuda UMNO Negeri Hargai Usaha MB

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Negeri Kedah sangat menghargai usaha Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyegerakan pembinaan Litar Lumba Rakyat di negeri itu selepas kegagalan menteri besar terdahulu menyempurnakannya.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin usaha yang dibuat oleh Ahmad Bashah menyelesaikan kekusutan yg telah ditimbulkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir amat dihargai.

“Umum sedia mengetahui kegagalan Mukhriz menyelesaikan akujanji terpenting anak muda ini dan kekusutan ini di selesaikan dengan kesungguhan dan dedikasi oleh Datuk Seri Ahmad Bashah,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shaiful Hazizy turut mencadangkan agar kerajaan memberi peluang kepada semua persatuan permotoran amatur dan professional didalam negeri Kedah untuk sama-sama menjadi pemegang saham dalam litar tersebut.

Jelas beliau, ia bagi mengelak kemungkinan litar tersebut menjadi terlalu eksklusif dan akhirnya menjadi salah satu projek ‘gajah putih, sebaliknya beliau menggesa agar ia akan menjadi suatu litar rakyat dan makmur dengan segala program termasuk terkenal di masa akan datang.

“Pemuda UMNO Kedah ingin memaklumkan bahawa kita akan mengadakan "roadshow" ke seluruh negeri Kedah untuk berjumpa dengan seluruh anak muda Kedah mengenai pembinaan Litar Lumba Rakyat ini.

“Pemuda UMNO Kedah ingin mengajak seluruh anak muda Kedah untuk menyokong dan pada masa yang sama turut serta memakmurkan litar ini.,” ujarnya.

Tambah Shaiful Hazizy, pada hakikatnya, perkembangan positif pembinaan litar ini membuktikan bahawa kerajaan sedia ada ini meletakkan kepentingan rakyat di aras yang paling utama.

“Pemuda UMNO Kedah yakin kepimpinan Menteri Besar bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah litar tetapi juga banyak lagi masalah rakyat akan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekat,” katanya.