23
Sab, Sep
704 ARTIKEL BARU

Tun M Tak Perlu Melatah Syarikat Anak Di Siasat LHDN

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Kedah menggesa agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melatah dan melompat apabila pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat milik anak beliau selaras dengan prinsip ‘Berani kerana Benar’.

Menurut Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, pihaknya yakin dan percaya bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka dengan telus dan penuh professional tanpa mengambil kira sentimen tertentu.

“Pemuda UMNO Kedah yakin prosedur yg sama telah dibuat ke atas mana – mana syarikat tanpa mengira apa jua hubungan kekeluargaan bersama pihak pemimpin tertentu.

“Bagi Pemuda Kedah itu adalah prosedur biasa dan beliau tidak perlu melatah mempertikaikan mana-mana pihak untuk turut sama disiasat,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut diberi peringatan bahawa pentadbiran dan operasi agensi ataupun badan kerajaan kini bukannya seperti semasa pemerintahan ‘kuku besi’ beliau, tetapi telah di transformasikan untuk lebih profesional dan telus.  

Tambah Shaiful Azizy, soal agensi kerajaan menjadi boneka kepada sebarang pihak tidak timbul, malah anak – anak Tun Dr Mahathir dipercayai sudah tidak lagi ‘dilindungi’ oleh pihak –pihak tertentu.

“Pemuda UMNO Kedah memohon agar pihak berkuasa terus menjalankan tugasan mereka tanpa sebarang ketakutan dan tekanan.

Hakikatnya kekayaan "luar biasa" anak-anak Tun Mahathir ini perlu dibongkar kerana mereka sudah “lama dilindungi oleh kuasa-kuasa tertentu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa agar pihak berkuasa dengan serta merta membuka kertas siasatan khas bagi menyiasat sekiranya wujud salah laku korporat syarikat-syarikat milikan anak-anak Tun Dr Mahathir.

“Pemuda UMNO Kedah masih lagi ingat apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat ucapan dasar didalam Persidangan Pemuda UMNO Malaysia mendedahkan amalan "Nepotisme dan Kronisme", Tun Mahathir terus mengaktifkan mod serangan  didalam ucapan dasar beliau keesokkan harinya.

 

“Tindakan ini membuktikan bahawa Tun Mahathir sentiasa ingin melindungi kemungkinan salah laku korporat anak-anaknya,” ujarnya.