20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Pembangkang Ketandusan Idea – Mas Ermiyati

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pembangkang kini semakin ketandusan idea sehingga sanggup mempolitikkan jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke White House.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsudin, tindakan pembangkang yang meminta Kabinet menolak jemputan Trump membuktikan sikap busuk hati mereka.

"Mereka (pembangkang) seharusnya berfikiran terbuka kerana jemputan tersebut adalah satu peranan bagi Malaysia dalam usaha menjalinkan hubungan diplomatik.

“Pihak pembangkang tidak harus menjadikan jemputan itu sebagai satu agenda politik, ini adalah membuktikan sikap sebenar pembangkang yang busuk hati. Sebaliknya kita perlu lihat sebagai satu perkara yang positif khususnya memperkukuhkan ekonomi," katanya.

Menurutnya lagi, jemputan Trump dalam tahun pertama beliau sebagai presiden melambangkan pentingnya Malaysia kepada AS sebagai rakan strategik rantau Asia dan pengiktirafan kepada kepimpinan perdana menteri.

“Kritikan pembangkang tidak perlu diambil kira lagi memandangkan kumpulan itu hanya pandai mencari salah dan silap pentadbiran sebaliknya kumpulan mereka sendiri juga berada dalam kucar-kacir.

"Sepatutnya kita berbangga apabila negara kita yang masih dalam proses membangun dijemput oleh negara besar seperti AS," katanya.