25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

PPBM Jangan Jadi Kuda Tunggangan DAP - PAS

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - PAS menasihati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya tidak terjebak dengan permainan politik DAP yang ingin menjadikannya sebagai kuda tunggangan.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, PAS mempunyai berpengalaman bersama DAP suatu ketika dahulu dan pernah dijadikan alat oleh DAP bagi mencapai agenda politik mereka.

DAP ujar beliau sudah berjaya menguasai undi kaum Cina dan kini cuba beralih arah untuk meraih undi Melayu melalui gabungan Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan pengalaman PAS berkawan dengan DAP satu ketika dahulu, DAP katanya merupakan sebuah parti yang mempunyai agenda tersembunyi selain anti-Islam dan sekular.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.