20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

DAP Kemaruk Kuasa, “Tiga M” Menjadi Kuda

Politik
Typography

AKHIRNYA DAP menerusi bonekanya telah membuka agenda besar mereka pada PRU14. Agenda besar DAP adalah hanya semata mata mahu merebut kuasa. PAN yang menjadi parti tajaan DAP telah membuka niat besar DAP itu.

“Memanglah (kemaruk kuasa), kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok.

“Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” kata Mat Sabu, Presiden PAN dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya pada 11 September 2017.

Selepas berakhirnya Konvensyen PAN di Ampang Jaya dua hari lepas, Mat Sabu khabarnya akan bertanding di Selangor. Pengerusi PAN Selangor,  Izham Hashim menyatakan mereka serius untuk mencalonkan Mat Sabu di Selangor. “Lagipun Mat Sabu tinggal di Selangor” kata Izham.

Siapa orang gila yang dimaksudkan oleh Mat Sabu? Dalam kemelut terbaru yang berlaku di Selangor antara PAS dan PAN. Orang gila yang dimaksudkan itu boleh jadi adalah Azmin Ali. Boleh jadi Mat Sabu akan dicalonkan oleh DAP dan PAN untuk menjadi calon Menteri Besar di Selangor.

Perbalahan antara PAN dan PAS di Selangor sudah merebak ke peringkat akar umbi. Zuraida Kamaruddin, ahli parlimen Ampang juga masuk campur sama berbalah dengan PAN. Masing masing bergaduh kerana kemaruk kuasa. Mana cukup tujuh biji kereta, Mak Lampir hendak tambah lagi keretanya.

Sebagai “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan, DAP telah berjaya mengekalkan pengaruh parti baru yang ditajanya untuk gantikan PAS iaitu PAN. Tidak sia sia habiskan wang dana RM1.2 billion dari Israel untuk memecahbelahkan PAS dan menubuhkan PAN.

Kini DAP sudah masuk ke fasa seterusnya iaitu menjadikan Mat Sabu sebagai calon Menteri Besar boneka yang baru di Selangor. Sama seperti yang DAP pernah buat kepada Nizar di Perak suatu ketika dahulu.

Misi besar DAP seterusnya adalah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Sesuatu yang sukar bagi DAP jika tanpa sokongan orang Melayu. DAP perlu pergunakan orang Melayu untuk merampas kuasa di Putrajaya.

Oleh kerana itulah, nama Kit Siang tiada dalam carta Pakatan Harapan. Apa yang kelihatan adalah nama nama Melayu, supaya mudah orang Melayu ditipu untuk mendapatkan pengaruh. “Tiga M” ini menjadi trio umpan DAP untuk tipu Melayu.

Hingga memaksa Mahathir mengeluarkan fatwa kepada orang PAS di blognya semalam yang mengatakan berdosa mengundi PAS kerana ianya sama seperti mengundi BN.

Mahathir terpaksa mereka reka fatwa sebegini semata mata untuk memudahkan tugas DAP. Mahathir siap suruh orang yang mengundi PAS bertaubat lagi. Dulu Mahathir kata macam macam terhadap arwah Nik Aziz, kini Mahathir pula yang buat fatwa sendiri agar orang PAS sokong PAN dan sokong DAP.

Inilah cara bagaimana DAP mempergunakan orang Melayu. Pergunakan Mat Sabu menerusi parti PAN. Pergunakan Mahathir menerusi parti PPBM. Presiden PPBM, Muhyiddin pun turut sama beri fatwa baru dengan menggelar kumpulan PAN dan PPBM sebagai geng Muhajirin dan mereka yang tidak bersama Pakatan Harapan sebagai kumpulan jahilliah.  

9 September 2017, dalam satu kenyataan di Kulai menerusi Free Malaysia Today, Muhyiddin berkata demikian “Kami adalah kumpulan Muhajirin kerana kami menghadapi permusuhan dari kumpulan Jahiliah yang kelihatan pintar tetapi sebenarnya bodoh dan telah membawa kerugian besar kepada pelbagai institusi di negara ini,".

Dalam satu video di Facebook Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang, Muhyiddin bercakap seperti orang mabuk dalam kedai cina mengutuk orang PAS yang pakai lebai. Sampai begitu sekali Muhyiddin kutuk orang PAS. Jadi nilaikanlah sendiri, kalau sudah perangai macam ini, siapa sebenarnya yang berperangai jahilliah? 

Kerana kemaruk kuasa, tiga orang ini, Mahathir, Muhyiddin dan Mat Sabu telah menjadi alat kepada DAP. Diperkudakan oleh DAP hanya semata mata untuk meraih sokongan dan undi Melayu.  

Lebih teruk daripada itu, mereka bertiga ini sekarang ini dilihat cuba merosakkan pemikiran dan perpaduan Melayu dengan memberi label dan gelaran yang tidak sepatutnya kepada pihak yang berlainan ideologi politik dengan mereka.  Gelar orang sebagai “berfahaman celaka, berdosa undi BN dan orang BN sebagai geng jahiliah” adalah satu tuduhan yang berat sama sekali.  

Kerana mahu memuaskan hati DAP dan memenangkan DAP, Mahathir beri fatwa berdosa undi PAS dan Barisan Nasional. Mat Sabu pula sampai sanggup keluar ayat “berfahaman celaka” kepada ulama dan orang agama yang bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional. Muhyiddin pula gelar orang UMNO dan Barisan Nasional sebagai kaum jahiliah.  DAP yang kemaruk pada kuasa sedang pergunakan mereka ini.

Jangan biarkan DAP masuk ke Putrajaya. Penang Institute, badan penyelidik yang dibiayai oleh Guan Eng sudah beri cadangan bahawa hanya perlu 430,000 orang sahaja kakitangan awam di Putrajaya.  Hari ini, jumlah kakitangan awam adalah sejumlah 1.6 juta orang.

Bermakna hampir 1.2 juta akan diterajang keluar kalau DAP menerusi Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya.  

Malah semalam, Mahathir juga berkata akan hentikan semua projek yang mendapat pelaburan daripada luar. Bermakna ECRL akan tiada, HSR akan tiada dan pelaburan RM31 billion di Penggerang akan dihentikan. Silap silap MRT2 dan MRT3 juga akan dihentikan.  

Jangan biarkan negara ini hancur kerana politik orang yang gila dan kemaruk kuasa. Mereka hanya mahu berkuasa untuk kepentingan anak dan kroni mereka sahaja. Mahathir, Muhyiddin dan Mat Sabu, “tiga M” ini hanyalah kuda sahaja kepada DAP yang kemaruk pada kuasa.

 

Mahathir pula kemaruk mahu “passing baton” kuasa itu kepada M yang satu lagi iaitu, Mukhriz.