21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

Kenyataan Rasmi ‘White House’ Bukti Dakwaan Rafizi Tidak Berasas

Politik
Typography

JIKA benar dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa Presiden Amerika Syarikat Daonald Trump bukan sebuah lawatan rasmi, mengapa ‘White House’ mengeluarkan kenyataan rasmi media bertarikh 23 Ogos lalu mengesahkan perkara tersebut?

Soalan tersebut perlu dijawab oleh Rafizi yang sewenang – wenangnya mengeluarkan kenyataan kononnya ia cuma perjumpaan singkat selama 30 minit yang tidak boleh dikira sebagai lawatan rasmi, namun, segalanya jelas bertentangan apabila media melaporkan Trump, dalam catatan di Facebooknya semalam, mengesahkan lanjutan perjumpaan bersama Najib pada hari ini (Selasa).

Malah, Najib turut dilaporkan mendapat sambutan yang begitu mesra dari Trump yang menunggu ketibaan beliau di pintu masuk West Wing, Rumah Putih, dan kedua-duanya dilihat bersalaman erat beberapa ketika dan saling tersenyum sejurus tiba di sana.

Turut dilaporkan, kedua – dua mereka memberi peluang kepada kru media merakam detik bersejarah sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-AS itu.

Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan dan memuatnaik ke dalam blognya mendakwa perjumpaan Najib bersama Trump hanya 30 minit, dan mengatakan ianya bukan lawatan rasmi ketua negara, tetapi lebih kepada perjumpaan yang bersifat kepentingan peribadi.

 

 

Jika sebelum ini Veteran DAP, Lim Kit Siang bersungguh meminta barisan Kabinet membatalkan lawatan Najib ke Amerika Syarikat, kini giliran Rafizi pula beriya – iya mengatakan lawatan tersebut tidak rasmi, apa sebenarnya yang dimahukan oleh puak pembangkang ini?

 

Mengapa mereka begitu terdesak dan takut dengan lawatan Perdana Menteri ke Rumah Putih untuk berjumpa Trump?