25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

Daeng Sanusi: Tidak Benar PAS Teruskan Rundingan Dengan PKR-PPBM

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok menafikan laporan sebuah portal berita kononnya PAS membenarkan rundingan politik diteruskan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam soal pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Daeng Sanusi memberitahu beliau juga hadir ke mesyuarat permukiman pimpinan tertinggi parti di Pulau Pangkor, Perak minggu lalu dan menegaskan tiada kata putus sebegitu dipersetujui.

"Maklumat itu tidak betul, sedangkan saya sendiri hadir ke mesyuarat itu, dan tidak ada perbincangan berupa itu.

 "Itu sekadar persepsi atau spekulasi. Hal itu tidak berbangkit," katanya.

Permukiman bermula 5 hingga 8 September itu dihadiri oleh semua pucuk pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am Hashim Jasin dan Presiden Abdul Hadi Awang. 

 Ia turut disertai oleh ahli Majlis Syura Ulama, ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Lembaga Penasihat parti.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.