25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

Dr Mahathir, Pembangkang Pembohong Besar – Ismail Sabri

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Pertemuan positif dan mesra antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan pembohongan pembangkang di negara ini.

Menurut ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pertemuan yang berlangsung pada Selasa di Rumah Putih atas undangan Trump itu membuka pembohongan dan fitnah terhadap Najib oleh pembangkang selama ini termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pertemuan Trump dengan Najib membuka pembohongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangkang yang satu ketika dahulu mengatakan Najib akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat, malah pesawat pun tidak dibenarkan melalui ruang udara negara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, isu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) juga tidak menjadi persoalan dalam pertemuan itu sepertimana yang digembar-gemburkan pihak pembangkang.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.