25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

Budaya Fitnah Amalan PPBM Dorong Penolong Setiausaha Srikandi Keluar Parti

Politik
Typography

SEREMBAN - Budaya fitnah menjadi amalan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi kepentingan individu tertentu daripada memikirkan permasalahan rakyat. Perkara ini didedahkan oleh Penolong Setiausaha Srikandi PPBM,  Hasnita Hishamudin dalam satu sidang media yang diadakan di sini hari.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku apabila elemen jijik mula masuk ke dalam PPBM orang yang rapat dengan pemimpin tertinggi mengatur dan memfitnah individu tertentu bagi menjayakan agenda mereka.

"Malah mereka melantik individu yang tidak berkebolehan sebagai pemimpin, ini jelas sekali mereka mementingkan jawatan daripada memikirkan masalah rakyat. Ia bertentangan dengan propaganda yang dimainkan ketika penubuhan PPBM," katanya yang bertindak keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Hasnita berkata, PPBM adalah parti yang bermasalah, malah pergolakan dalaman berlaku di setiap negeri ia membabitkan bahagian, pemuda dan srikandi.

Apa yang lebih menyedihkan katanya, sehingga hari ini tiada siapa mengetahui jumlah ahli PPBM baik di peringkat negeri, pemuda dan srikandi.

"Saya yakin ini adalah propaganda mereka kononnya sebuah parti yang kuat mempunyai ahli yang ramai tetapi perkara sebaliknya berlaku. Saya adalah sebahagian dari pemimpin peringkat pusat tetapi jumlah ahli srikandi saya pun tidak dimaklumkan.

"Saya difahamkan ia dikawal oleh individu tertentu dalam parti dan kenapa perkara ini berlaku. Ini  membuktikan mereka mempunyai agenda tertentu," katanya yang pertama kali menyertai parti politik.

Hasnita berkata, pada pengiraan beliau lebih ramai lagi ahli baik diperingkat pusat dan negeri akan keluar PPBM dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pada mulanya beliau terpesona dengan cara berfikir dan politik baru yang dibawa oleh PPBM, malah diberi kepercayaan untuk menerajui Srikandi Negeri Sembilan.

Bagaimanapun katanya, beliau mula kecewa apabila pergerakan wanita dicatur oleh individu tertentu bagi mengikut acuan mereka dan ini berbeza dari perancangan awal penubuhan PPBM.

 

ARHIZA AHMAD

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.