11
Isn, Dis
908 ARTIKEL BARU

Pembangkang ‘Tak Lena Tidur’ – Annuar Musa

Politik
Typography

SEPANG – Pakatan pembangkang ketika ini berada dalam keadaan ‘tidak tidur lena’ berikutan pelbagai masalah yang membebani mereka.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, keadaan pakatan pembangkang yang tungang-langgang antara satu sama lain tentunya akan menambahkan lagi masalah yang dihadapi mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Pembangkang lena tidurkah? Tidak…, dia lebih tidak lena tidur daripada kita…dia lebih tunggang-langgang dan hadapi berbagai-bagai masalah…dia dah keluar ‘peluru’ macam-macam.

“Manakala ‘peluru’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib belum keluar lagi. ‘Peluru’ kita belum habis lagi..satu daripada agenda PRU-14 kita ikhtiar mahu ambil balik Selangor. Kita sedang fikir daripada dalam dan luar kotak.

“Kita sedang berusaha dan rangka strategi dan antara negeri tumpuan adalah Selangor. Ini negeri BN bangunkan bukan Azmin bangunkan. Selangor adalah maruah UMNO, kebanggaan UMNO dan anak emas UMNO. Kita tidak redha berada di bawah pimpinan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Town Hall Jelajah Penerangan bersama UMNO Bahagian Sepang, di Kolej Mara Banting, malam tadi.