13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Jamal Sedia Disaman ‘Azmin Aiskrim’

Politik
Typography

JIKA bukan beliau, mengapa perlu takut nak saman? Demikian persoalan yang cuba disampaikan berhubung isu penggunaan gambar wajah mirip Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada kotak aiskrim dalam kempen ‘Dapat Aiskrim Percuma (DAP)’ anjuran Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos baru – baru ini.

Difahamkan, penggunaan gambar tersebut sebagai simbolik menunjukkan sikap sebenar Azmin dalam isu penganjuran secara terbuka pesta arak di Selangor, malah beliau dicabar oleh Jamal yang mengalu – alukan tindakan saman terhadapnya bagi tujuan mencari kesahihan gambar tersebut.

Jamal, dipetik sebagai berkata “Saya mengalu-alukan Azmin saman saya dan ambil tindakan ke atas saya supaya kita boleh dedahkan gambar tersebut adakah ia gambar beliau” dalam satu sidang media di Ampang semalam.

Justeru, Azmin, sebagai Menteri Besar serta orang kuat dalam pembangkang seharusnya tampil memberi sekurang – kurangnya penjelasan atau pengesahan berkenaan gambar yang digunakan di tong aiskrim Jamal, supaya rakyat boleh menilai pemimpin mereka.

Jika sekiranya beliau gagal tampil memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan, dan membiarkan Jamal secara terus menggunakan gambar tersebut dalam kempen DAPnya, maka jelas dan terang bahawa Azmin bukanlah contoh pemimpin yang bagus, kerana secara enggan memberi penerangan yang benar kepada rakyat.

Pendek kata, sudah terbongkarlah sifat sebenar siapa Azmin Ali yang perlu diketahui rakyat dan penyokongnya selama ini. Malah, kemungkinan bahawa gambar tersebut adalah beliau sendiri, dan beliau memilih untuk berdiam diri juga tidak boleh diketepikan.

Bak kata pepatah Melayu lama, “Diam tandanya setuju”.

Akhir kata, sebagai seorang yang kononnya pemimpin berjiwa rakyat, telus dan semua slogan yang dicanang – canang puak pembangkang itu, maka wajarlah Azmin Ali untuk bertindak menyaman Jamal berhubung penyalahgunaan gambar beliau. (Jika berjaya dibuktikan itu bukan beliau dan jika benar beliau BERANI untuk tampil ke hadapan berhubung isu tersebut).

 

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dilaporkan melakukan gimik membawa kotak aiskrim di atas motorsikal berkuasa tinggi beliau di luar pekarangan kompleks beli-belah Ampang Point dengan jaket kulit serba hitam kemudiannya mengedarkan aiskrim percuma kepada pengunjung yang berada di pusat beli-belah berkenaan.