13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Bimbang Kegiatan Rasuah Terbongkar Punca Kerajaan Selangor Enggan Sertai IBR

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang enggan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai adalah cubaan untuk melindungi individu dan pihak tertentu.

Perkara ini didedahkan oleh Darul Ehsan Leaks (DEL) dalam facebook mereka, senarai nama dan projek yang dilindungi oleh Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaupun sebelum ini DEL telah membuat pendedahan, mereka mendapat kecaman daripada pengikut Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  itu, yang begitu taksub umpama Mohamed Azmin seperti malaikat yang tidak melakukan sebarang dosa dan kesilapan.

DEL menegaskan beberapa kes yang disiarkan oleh mereka turut mendapat perhatian beberapa pihak dan membuatnya sebagai rujukan malah ia turut diulangsiar oleh pelbagai pihak termasuk portal TV14.

“Beliau (Mohamed Azmin) begitu sombong untuk mengakui hakikat bahawa pentadbirannya tidak dapat lari daripada gejala rasuah dan penyelewengan, malah Menteri Besar itu cuba menutup mata terhadap kes yang didedahkan,” katanya.

Ini adalah beberapa kes yang cuba diselindungi oleh Kerajaan Negeri Selangor antaranya rasuah seks dan wanita yang didedahkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli;  RM30,000 ditemui dalam kereta bekas Ahli Parlimen Kapar;  kekayaan luar biasa Ahli Parlimen Ampang  Zuraida Kamaruddin; banglo disneyland Ampang milik Adam Rosly yang juga pegawai khas Zuraida; penukaran status tanah Paya Indah Wetland; skandal pintu gerbang Kota Darul Ehsan; skandal penukaran kubah masjid negeri;  skandal pembalakan; kemewahan pegawai kerajaan negeri bernama Muhammad Hilman;  duit raya untuk kumpulan Otai Reformis (Jamil Kucing); skandal YAWAS; skandal SMUE; skandal MBI- UNISEL- Jana Niaga dan skandal pembelian tanah di Ijok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Datuk Amiruddin Setro pernah membangkitkan isu berhubung ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam Sidang Dun, malah jawapan yang diberikan oleh Mohamed Azmin jelas menyatakan bahawa beliau komited untuk menandatangani IBR bersama SPRM.

Bagaimanana pun ia hanya janji palsu kerana pada 19 September 2017, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad telah menegur Kerajaan Negeri Selangor yang masih melengah-lengahkan IBR sehingga kini.

Dzulkifli berkata pihaknya masih menunggu kata putus dari Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai negeri-negeri lain yang menandatangi ikrar tersebut bagi menunjukkan pentadbiran negeri itu bersih serta bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa.