13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Pulau Pinang Tidak Perlukan ‘Ketua Menteri Suka Cari Pasal’

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng wajar melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ekoran kegagalannya mengekalkan status pendapatan isi rumah diatas paras purata kebangsaan di neger itu.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dipetik media tempatan sebagai menegaskan, fakta dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan Guan Eng gagal untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Pulau Pinang.

"DAP mula mengambil alih kerajaan Pulau Pinang pada 2009, purata pendapatan isi rumah rakyat Pulau Pinang lebih tinggi dari nilai kebangsaan. Walaubagaimanapun, hampir 10 tahun menjadi kerajaan, kita telah jatuh dibawah paras purata pendapatan isi rumah," katanya dipetik New Straits Times.

Difahamkan, Cheng Guan turut sama menjelaskan rentak pembangunan dan pendapatan rakyat negeri terbabit lebih perlahan berbanding kawasan-kawasan lain dalam negara, terutama di Kuala Lumpur.

"Kelembapan kemajuan Pulau Pinang juga jelas membuktikan Lim scara hebat dan luar biasanya gagal membawa masuk pelaburan langsung asing dan syarikat antarabangsa ke dalam negeri.

"Malah, semakin banyak syarikat bakal menutup kilang meraka dan ibu pejabat di Pulau Pinang dengan berpindah ke negeri lain,” ujarnya.

Sementara itu, Cheng Guan yang dipetik dari catatan Facebooknya berkata, Guan Eng tidak boleh berbohong mengenai realiti pendapatan isi rumah Pulau Pinang yang secara terang menunjukkan pola merudum, sekaligus memberi fakta terhadap pernyataan tersebut.

"Rakyat Pulau Pinang memerlukan Ketua Menteri yang pedulikan negerinya daripada berpolitik dan cari pasal dengan orang lain setiap hari. Hal ini tidak membawa apa-apa faedah kepada negeri," ujar Cheng Guan.

Untuk rekod, pendapatan isi rumah rakyat Malaysia secara purata kini pada paras RM6,958 sebulan dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang antara paling kompetitif dengan jurang perbezaan cuma RM1,081 sebulan pada 2009.

Kini, pendapatan isi rumah bulanan Kuala Lumpur di tahap RM11,692 sementara Pulau Pinang RM6,711 - jurang perbezaan hampir RM5,000.

 

Selangor menduduki carta ketiga tertinggi pada paras RM9,463 sebulan diikuti Johor (RM6,928), Melaka (RM6,849), Negeri Sembilan (RM5,887), Terengganu (RM5,776), Sarawak (RM5,387), Sabah (RM5,354), Perak (RM5,065), Pahang (RM5,012), Perlis (RM4,998) dan Kedah (RM4,971).