12
Sel, Dis
899 ARTIKEL BARU

Pakatan Harapan Dikawal Oleh Kuku Besi DAP

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Tindakan Pakatan Harapan  yang mencadangkan seorang kuku besi dipilih sebagai Perdana Menteri mengkukuhkan bukti bahawa mereka ini dikawal dan dikuasai  oleh DAP.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, tindakan ini membuktikan mereka perlu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dan apa menjadi persoalan sekarang adakah beliau layak menjadi Perdana Menteri.

“Seseorang yang tidak pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, Exco Kerajaan Negeri, hanya mengetuai parti selama 51 tahun adakah itu melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.

“Jika kita lihat pelbagai barisan kepimpinan dalam pembangkang, mempunyai beberapa calon sesuai untuk dilantik, tetapi adakah mereka ini akan menang dalam pilihan raya nanti. Saya melihat Kit Siang lebih kepada kepentingan diri dan anaknya,” katanya.

Mohamed Razali berkata, parti yang dipimpin oleh Kit Siang juga berada dalam keadaan huru-hara, malah pemilihan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) turut diadakan semula.

Katanya, apa yang lebih menyedihkan orang yang telah lama berada dalam dunia politik negara ini masih tidak fasih berbahasa Malaysia.

“Pada pandangan saya beberapa pemimpin yang membuat kenyataan bahawa Kit Siang layak menjadi Perdana Menteri lebih kepada kepentingan politik mereka atau dikenali menjaga `periuk nasi’,” katanya.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa Kt Siang adalah calon yang paling layak bagi jawatan tersebut.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin-top:0cm; mso-para-margin-right:0cm; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:Calibri; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-ansi-language:EN-US; mso-fareast-language:EN-US;}

Beliau mendakwa Kit Siang `orang paling rendah diri’ berbanding dengan pemimpin DAP lain. Malah kenyataan itu disokong oleh Datuk Mohd Zahid Ibrahim yang juga bekas pemimpin Umno.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.