13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Tuduhan Parti Warisan Isu KKLW Tidak Berasas: GAUM

Politik
Typography

PUTRAJAYA - Tindakan Parti Warisan Sabah yang menunding jari kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah berhubung siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi projek prasarana di Sabah adalah tidak wajar.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, hakikatnya kes berkenaan telah dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu dari DAP iaitu Dr Hiew King Cheu yang menggesa SPRM menyiasat penyelewengan dana itu pada tahun 2011.

Menurutnya, ini membuktikan dakwaan dibuat oleh sesetengah pihak yang mendakwa ia arahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Musa Aman adalah tidak benar.

“Dakwaan mereka itu bahawa Perdana Menteri dan Ketua Menteri bimbang dalam menghadapi pilihan raya tidak lama, maka kes ini dirancang adalah tuduhan yang tidak berasa sama sekali.

“Isu penyelewengan ini telah wujud sejak dahulu lagi, hanya baru ini didedahkan oleh SPRM. Ia telah diketahui semenjak SPRM diterajui oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed,” katanya yang ditemui di luar Ibu Pejabat SPRM.

Zulkarnain hari ini menyerahkan beberapa bukti baru kepada SPRM berhubung isu berkenaan. Bagaimanapun enggan menjelaskan buktik yang diserahkan itu.

Beliau berkata, semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Menteri KKLW, beliau telah memutuskan huhubgan dengan kerajaan negeri malah apa saja pembangunan di bawah kementerian beliau tidak dimaklumkan kepada ketua menteri.

Tambahnya lagi, ini menyukarkan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengetahui bentuk pembangunan dan dana yang disalurkan oleh KKLW kepada negeri berkenaan.

Berhubung dakwaan bahawa Umno bimbang dengan Parti Warisan di Sabah dan membuat serangan terhadap pemimpinnya, beliau menjelaskan  Umno tidak pernah gentar dengan parti berkenaan.

“Kenapa perlu kita bimbang, kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) sentiasa kukuh di Sabah..

“Apa yang saya lihat mereka sendiri yang gusar apabila pemimpin parti mereka disiasat oleh SPRM. Kenapa perlu bimbang jika benar tidak bersalah,” katanya.