24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

Kepentingan Orang Melayu Dinafikan Dalam CEC DAP

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Kepentingan orang Melayu terus dinafikan oleh DAP dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung apabila tiada golongan terbabit terpilih dalam pemilihan itu kecuali Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor berkata, malah DAP tidak pernah mengiktirafkan Zairil sebagai orang Melayu hanya sebagai seorang yang beragama Islam.

“Ini adalah fakta yang diketahui oleh umum, yang mana parti itu tidak pernah mengendahkan kepentingan pemimpin orang Melayu, ini temasuk bagaimana mereka mengiktirafkan Zairil.

“Keputusan dalam pemililhan CEC ini hanyalah satu ulang tayang apabila pemimpin Melayu hanya dilantik bukan dipilih oleh perwakilnan, ini membuktikan sikap sebenar DAP,” katanya.

Pemimpin Melayu yang dipilih hanya Zairil Khir Johari dengan memperolehi 649 undi dan menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan, manakala Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik sebagai Naib Presiden, selebihnya adalah mereka yang bangsa Cina dan India.

Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan oleh DAP ini bertujuan untuk mengguna kedua-dua pemimpin terbabit bagi meraih sokongan daripada masyarakat golongan Melayu.

Bagi Rahmad Isahak mahukan DAP meminda perlembagaan parti itu bahawa pemimpin Melayu hanya boleh dilantik dan bukan dipilih perwakilan.

Beliau yang juga bekas ahli DAP berkata, beliau mencabar parti berkenaan untuk meletakan pemimpin Melayu ditempat tertinggi parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang keputuasan.

“Jika benar mereka mementingkan masyarakat Melayu, saya mencabar mereka untuk meletak pemimpin Melayu di tempat nombor dua parti yang mana mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

“Apa yang saya lihat mereka ini hanya menggunakan Melayu sebagai boneka untuk memberikan gambaran bahawa parti itu membawa konsep masyarakat majmuk tetapi hakikatnya adalah tidak benar,” katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, berkata pemilihan CEC kali ini tidak mengambarkan parti itu mengamalkan dasar kepelbagaian kaum seperti yang mereka perkatakan kepada rakyat.

"DAP perlu kaji semula sejarah bila Lim Guan Eng sengaja melengah-lengahkan penubuhan jawatankuasa DAP di Kedah yang dianggotai ramai ahli Melayu, ini membuktikan DAP parti rasis," katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.