24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

GAUM Beri Amaran Kepada Ambiga Jangan Ganggu Siasatan Polis

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan diingatkan tidak mengganggu siasatan polis berhubung tindakan editor Sarawak Report, Rewcastle Clare Brown mengaitkannya sebagai pemberi maklumat berhubung dana RM90 juta kepada Pas.

Menurut Pengerusi Gerakan Akar Umni UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar, ia adalah proses biasa dan bukan satu indikator menunjukkan bekas presiden Majlis Peguam itu bersalah.

“Ambiga dan sekutu beliau dinasihatkan untuk bertenang dan perlu membiarkan pihak polis menyiasat menurut ruang lingkup perundangan yang sedia ada.

“Sekiranya benar Ambiga tidak besalah dan mempunyai bukti kenapa harus takut berhadapan dengan pihak polis untuk menyiasat beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada 1 November lalu, Zulkarnain membuat laporan polis ke atas Ambiga selepas Brown mendakwanya memberi maklumat berhubung pemimpin Pas menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zulkarnain berkata, Pas dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Ambiga bagi membersihkan nama baik parti Islam itu yang terjejas dengan dakwaan tidak berasas.

“Pas dinasihatkan untuk menyaman Ambiga sekiranya benar sumber tuduhan Claire Brown sebelum ini diperolehi darpada Ambiga bagi tujuan membersihkan nama baik Pas,” katanya.

Zulkarnain juga menegaskan, tindakannya membuat laporan polis itu sebelum ini bagi memperbetulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap UMNO yang dikaitkan dalam dana RM90 juta terbabit.

“Saya akur bahawa kes ini melibatkan undang-undang sivil dan terdapat kemungkinan keraguan dari sudut perundangan untuk mendakwa pemberi maklumat tersebut, apatah lagi kes ini berada di luar Malaysia.

“Sekiranya pemberi maklumat itu mempunyai niat jahat dan berbohong, tindakan membuat laporan polis adalah salah satu jalan terbaik untuk membersihkan nama baik UMNO,” katanya.

 

“Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razal sendiri telah membuat penafian bahawa tidak ada wang yang diberikan kepada Pas seperti yang didakwa oleh Clare Brown,” katanya. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.