24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

Langgar Akta ROS Kepimpinan PPBM Harus Bertanggungjawab

Politik
Typography

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) harus bertanggungjawab atas pelanggaran akta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana menggunakan perkataan Armada yang tiada dalam perlembagaan parti.

Bekas Exco Armada, Mohd Syazwan Ahmad Zainal berkata, PPBM telah melakukan kesalahan mengikut Akta Perrtubuhan 1966 yang mana ia membolehkan pendaftaran parti terbabit  dibatalkan.

Video: https://youtu.be/xRXssoD6m_8

“Perkara ini telah dijelaskan oleh ROS bahawa penggunaan perkataan Armada tidak sah kerana ia tiada dalam perlembagaan parti.

“Ini membolehkan pihak ROS membatalkan pendaftran mana-mana parti jika mereka gagal untuk mematuhi akta yang telah ditetapkan,” katanya.

Mohd Syazwan berkata, sehingga hari ini pihak ROS masih belum meluluskan sebarang pindaan membabitkan penggunaan istilah  Armada.

Oleh itu katanya, pengurusan tertinggi parti harus bertanggungjawab kerana perlanggaran akta pertubuhan ini.

“Apa yang menjadi tanda tanya barisan tertinggi parti adalah orang yang berpengalaman dalam arena politik negara tetapi masih gagal untuk mematuhi peraturan.

“Malah kesalahan ini juga tidak pernah ditegur oleh mana-mana pemimpin dalam parti berkenaan, sepert mereka mempunyai agenda tertentu dalam PPBM,” katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.