17
Rab, Okt
62 ARTIKEL BARU

Tumpuan Pada Pilihan Raya Bukan Pemilihan Parti – Tok Mat Hasan

Politik
Typography

SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan agar ahli parti memberi tumpuan kepada memperkasa dan memperkukuhkan Umno daripada membincangkan pemilihan parti dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 yang akan datang.

“Ini bukan masanya untuk kita membincangkan perkara tersebut, ada perkara besar yang perlu diperkatakan iaitu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

“Ia bukan tempat yang sesuai untuk membincangkan hal pemilihan parti pada masa kini, seperti mana sedia maklum PAU adalah tempat untuk kita membahaskan ucapan Presiden dan usul,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata,  sekiranya ada mana-mana ahli yang membincangkan isu berkaitan dengan pemilihan parti, mereka ini tidak fokus dan lari daripada tumpuan sebenar.

Menurutnya, pada masa kini baik di semua peringkat mahu pun dari kalangan ahli sehingga pemimpin tumpuan adalah persediaan untuk menghadapai PRU-14.

“Bukan kita tidak boleh membicarakan hal berkaitan dengan pemilihan parti tetapi tumpuan utama pada masa ini adalah menghadapi pilihan raya,’ katanya.