13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Politik Tun Mahathir Tonjol Kebodohan Sendiri – Aziz Bari

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak mengikut nasihat polis dalam penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bermakna Malaysia sebelum ini mempunyai Perdana Menteri yang`bodoh’.

Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, seperti yang sedia maklum bahawa ketika ini Tun Mahathir sedang bermain politik, bagaimanapun tanpa disedarinya beliau telah memperbodohkan diri sendiri.

“Ini dapat dilihat pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh beliau bercanggah dengan apa yang diperkatakan sebelum ini ketika menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan ini adalah permainan politik bekas Perdana Menteri itu.

“Sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan satu badan khas harus ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap pengerusinya berhubung tindakan yang dilakukan olehnya sebelum ini,” katanya yang juga pakar undang-undang.

Abdul Aziz berkata, pihak polis juga harus menjelaskan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu, ini bertujuan untuk membersihkan badan itu dari pengaruh mana-mana parti politik.

 

Tambah beliau lagi, dalam sistem Parlimen seperti Malaysia, kerajaan semasa mempunyai keputusan muktamad dan harus memikul tanggungjawab setiap tindakan yang dibuat.