13
Rab, Dis
895 ARTIKEL BARU

Muhyiddin Akui Wujud Konspirasi. Kenapa?

Politik
Typography

DALAM satu mesyuarat, Muhyiddin membuat pendedahan mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib. “There is a conspiracy. I know about it. And it is real. But I am not involved”. Semua terpinga pinga dengan pendedahan itu. Apa tujuan pendedahan itu?

Mungkin Muhyiddin menghidu dia akan dipecat. Dan untuk mengelak dari dipecat maka pendedahan itu dibuat kononnya dia tidak terlibat. Mungkin dia mahu justifies kritikannya terhadap Najib hanyalah atas kapasiti individu dan bertujuan untuk membantu parti.

Sebenarnya memang Muhyiddin tidak mahu dipecat. Baginya lebih baik dan mudah menjatuhkan Najib dari dalam berbanding dari luar parti. Modus operandi lama iaitu memberi tekanan sehingga menyebabkan Pak Lah terpaksa bersara awal dan membuat peralihan kuasa yang menguntungkan Muhyiddin adalah relevan untuk diguna pakai pula terhadap Najib.

Tetapi ia tidak menjadi. Bahkan Muhyiddin yang terpelanting keluar dari UMNO dan terpaksa menjatuhkan Najib dari luar dengan menggunakan parti baru PPBM yang gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya. Malang juga, kerana Muhyiddin tidak berkuasa penuh terhadap PPBM. Bertambah sukar kerana Muhyiddin terpaksa cium mulut dengan DAP. Tun M yang memulakannya. Dia ikut skrip Tun M. Akibatnya Muhyiddin dicop Melayu hipokrit yang menjilat ludah sendiri.

Skrip asal sudah berubah. Berubah kerana Tun M suka mengubahnya mengikut selera beliau. Nampaknya Muhyiddin terpaksa ubah dulu dalaman PPBM. Persoalannya mampukah Muhyiddin berdepan dengan Tun M. Boleh, iaitu mulakan konspirasi dalam PPBM?

Ditulis oleh;

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO