14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

Tun Siti Hasmah Dedah Suami Larang Bertudung

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali, hari ini enggan memberi komen mengenai perdebatan mengenai pemakaian tudung di hotel,malah mendedahkan suaminya tidak suka beliau bertudung.

“Saya rasa kamu sedang menyoal orang yang salah kerana saya tidak bertudung. Sejak awal sehingga sekarang saya tidak bertudung.

“Suami saya larang saya bertudung. Jika mahu memakai tudung, perlu minta kebenaran suami,” katanya dipetik media tempatan apabila diminta untuk mengulas berhubung kontroversi melibatkan dasar persatuan hotel melarang pemakaian tudung dalam kalangan kakitangan.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa sekembalinya beliau dari Mekah, beliau pernah teringin memakai tudung.

“Jadi, saya memakai tudung untuk ambil berkat. Dia sampai palingkan mukanya,” kata Siti Hasmah yang ketika itu menghadiri simposium wanita.

Bagi Siti Hasmah, larangan staf di kaunter hadapan hotel untuk bertudung perlu dipatuhi sekiranya ia sebahagian daripada dasar majikan, lapor FMT.

“Hotel-hotel ini mempunyai peraturan tersendiri. Mereka mahu melindungi perniagaan mereka sama seperti tempat lain, ia benar-benar bergantung jika kamu mahukan pekerjaan itu atau tidak,” katanya.

Beliau berpendapat, ia mungkin lahir daripada rasa kurang selesa sesetengah pelancong dari Barat selepas pengalaman melibatkan umat Islam di sana.

“Di hotel, terdapat ramai pelancong dan mereka mungkin akan berasa janggal dikelilingi mereka yang bertudung kerana mungkin sesuatu pernah berlaku yang melibatkan pemakai tudung, terutamanya mereka dari Eropah, lihat sahaja Perancis,” katanya.

 

Terdahulu, Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) baru-baru ini dikecam kerana mempertahankan dasar larangan tudung untuk kakitangan yang bertugas di kaunter hadapan, manakal pemimpin kerajaan dan pembangkang serta aktivis hak asasi manusia turut menentang dasar itu dan menyifatkan ia sebagai suatu bentuk diskriminasi.