14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Wanita UMNO Memiliki Sentuhan Berbisa – Shahrizat

Politik
Typography

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO memiliki sentuhan yang membuatkan pembangkang takut dengan gerak kerja yang dijalankan oleh golongan itu dalam menghadapi pilihan raya.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita perlu bijak dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tambahan pula ketika era politik millenia pada masa kini.

Menurutnya, Wanita harus berpegang kepada empat tunjang iaitu pedang keberanian; perisai kesetiaan; bahtera satria dan strategi perang

“Pedang keberanian dalam politik hari ini bukan diukur pada panjangnya pedang, tetapi bagaimana cara kita menghunusnya, tidak perlu takut kepada kekuatan lawan dan yakin pada pedang yang dimiliki.

“Perisai kesetian adalah benteng pertahanan kerana dalam peperangan politik kita diasak keseitian menjadi perisainya, bahtera satria adalah pengemudi kita untuk meluncur membelah halangan. Selagi kita semua berada dalam bahtera yang satu, dipimpin nakhoda yang satu, pasti akan temui destinasi kemenangan,” katanya dalam ucapan dasar di sini hari ini.

Shahrizat berkata, strategi perang adalah penentu kemenangan, kerana strategi politik era millenia tidak akan sama coraknya dengan perang politik sebelum ini.